Tuesday 15 September 2009

Mood Raya dah sampai.

Selamat Hari Raya 'Idul-Fitri.


Minggu kuih dan biskut raya. Hanya tinggal beberapa hari lagi untuk kita menyambut syawal. Sekarang bermulalah proses mengedar kuih-muih sebagai pelengkap hari raya. Seronok tengok suasana , meriah macam bazaar Ramadhanlah pulak.

Oh! itu yang menyeronokkan tentang komuniti kami ni. Ada pembekal kuih-muih, ada pembekal serunding, ada pembekal daging fresh, ada juga pembekal jus,kerepek, batang buruk, kek dan berbagai lagi. 'Money changer' untuk tukaran wang raya pun ada. Memang kita tak perlu risau dengan persiapan raya. Al maklum mana ada banyak masa nak keluar membeli-belah dan berurusan dengan bank. Alhamdulillah ada yang berminat menjadi pembekal, mudahlah sedikit urusan ni. Kita hanya perlu sediakan uwangnya saja. We are one big happy family.

Apapun selepas ini entahlah pulak. The new chairman may have different way of organizing things...... as long as the big happy family keep intact , then tak pa. What worries me ialah akan wujud dasar pecah perintah. kalau berlaku, adusss! sadis nya.

No comments: