Sunday 13 September 2009

Kuliah Malam Tadi.

Selepas tarawih di Masjid R , seperti biasa ada pengajian or tazkirah.Malam tadi giliran Ust Radzi bin Kamarul Hailan (Tq Imanshah for correcting the name). One of the judges for Akademi Al quran yang sedap bertaranum tu. Mengalir air mata mendengar bacaan beliau tadi. Mmmm sedap sangat. Oh... ketika dia bertakbir dengan lagu Rash, bergenang juga air mata. Beliau juga telah mengimami solat Witir tadi.

Memang mengasyikkan kuliah tadi. Kita memang dituntut membaca al quran dengan lagu yang baik. Malangnya yours truly tak pandai bertaranum . Kata Pak Ustaz ianya bukan dapat dengan serta merta, kena dipelajari. Katanya , bacalah al quran setiap hari, waima satu ayat sekali pun. Rumah yang tidak dibacakan alquran didalamnya seperti rumah kosong.

Jangan bimbang jika tidak pandai membaca tetapi ada usaha untuk belajar, jika buat silap bukan dengan sengaja ia pastinya akan mendapat ganjaran pahala. Sesungguhnya di hari akhirat nanti al quran yang dibaca akan datang memberi syafaat kepada tuannya.

Beginilah di sini, setiap lepas tarawih, pastinya ada kuliah-kuliah yang menarik sebagai tazkirah atau peringatan kepada para jamaah. Walaupun, sudah pasti habisnya sehingga melepasi 11 malam tetapi kalau tak pergi memang rugi.

2 comments:

IMANSHAH said...

Salam kak..Ustaz Radzi bin Kamarul Hailan..bukan Ustaz kamarul Hailan..saya selalu je solat berimamkan dia di masjid jalan Dairee

orangkampung said...

Terima kasih, biasalah selalu confuse dengan nama ni. Akan dibetulkan.