Wednesday 23 September 2009

Himpunan Keluarga Ar-Rashid ke 2

Ahli keluarga dari rumpun Kulop Ibrahim anak sulong ar-Rashid

Generasi ke 3 duduk di hadapan ,manakala generasi ke 5 membaca al quran di atas pentas


sesi ta'aruf




generasi ke 5 membakar satay

Tahun ini Keluarga Ar-Rashid mengadakan perjumpaan sekali lagi selepas perjumpaan terakhir pada tahun 2006. Perancangan agak adhoc, seminggu sebelum hari raya. Yours truly, seperti sebelumnya menjadi part of the committee. Agak tergesa-gesa juga tetapi bagaimanapun akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Ar-Rashid merupakan saudara tua kepada at-Toif (rumpun keluarga yang mewakafkan tanah untuk kompleks pengajian PAKAT).
Malam hari raya ke 2 lalu, kami berkumpul lagi. Kali ini ada keluarga yang tidak dapat hadir dan ada pula keluarga yang dulu tidak hadir kini dapat menghadirkan diri .

Majlis dimulakan dengan solat isya' berjamaah diimami oleh salah seorang ahli keluarga yang hafiz sekarang bertugas di Kedah , diikuti majlis tahlil.

Kemudian ada sesi ta'aruf. Ada beberapa rumpun. Yours truly dari rumpun Kulop Ibrahim yang dulunya di kenali dengan gelaran Kulop Rimau sebab garang dan seriusnya beliau semasa menjadi guru besar dan guru pelawat. Ada dari rumpun Hj Md Zain ( Kota Lama Kanan), ada dari Haji atau Lebai Majid( Sayong), dari rumpun Hajah Mah dan Hajah Hamsiah ( Kota Lama Kanan). Ada antara mereka ini terlibat dalam pembukaan kampung-kampung dan kawasan di sebelah kanan Sungai Perak. Generasi ke 3 dari ar Rashid merupakan yang paling tua hadir.Yours truly adalah dari generasi ke 4.

Majlis ta'aruf menyaksikan kejayaan anak cucu arRashid ada yang jadi tahfiz ada yang jadi imam, ustaz, doktor, lawyer, guru, businessman, YB tak jadi pun ada dan berbagai lagi. Malangnya majlis taaruf agak pendek sebab ramai yang perlu pulang ke tempat masing-masing selepas itu.

Ada sesiapa dari rumpun ar- Rashid diluar sana?

No comments: