Saturday 26 September 2009

Raya dan TV?

Cuti raya dah nak habis, yeah! Begitulah seperti selalunya. Di penghujung cuti semakin banyak kerja rumah yang perlu dibereskan. Apabila sekolah dibuka semula tidaklah nanti semak dan kelam kabut. Hah! sebentar tadi membantu membersihkan bilik darjah di PAKAT. Buatlah apa yang termampu.

Walaupun cuti raya dah sampai penghujungnya, namun kat TV tak habis-habis lagi dengan siaran hari rayanya. Naik muak pula. Semasa Ramadhan lalu tidak pula begitu. Seolah-olah seperti tidak sabar mereka untuk Ramadhan itu berakhir. Tv tidak habis-habis menayangkan slot hiburan yang melalaikan. Nak kata apa , memang itu kehendak massa. Kalau tidak ada hiburan, nyanyian, konsert, filem dan entah apa-apa lagi memang tidak sah sambutan hari raya setiap tahun. Langsung tidak mencerminkan sambutan kemenangan yang sebenarnya.

Honestly, I did not watch any of the programmes. Lately, I memang dah tak tonton TV kecuali kalau ada interesting programme. Kalau tak I'm just happy with my internet connection for info. Dah cukup. How I wish my kids also tak TV savvy. Itu kami tak ada astro, kalau ada mmmm.. entahle , memang tak bangun dari depan TV le gamaknya.

Inilah yang ustaz-ustaz Arqam dulu suruh buang TV , sebab maksiat memang ada di dalam rumah dan di depan mata...

4 comments:

insan pendidik said...

Salam,

Dulu IP ingat masa kecil musim raya kami akan bertandang ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga.Dapat juga mengerat silaturahim. Tapi trend kini anak-anak lebih suka mengadap tv.Memang benar hiburan itu melalaikan. lupa akan tanggungjawab ...

Anonymous said...

oh ya TV lucky i don't have cable tv too

orangkampung said...

To IP , Memang dulu-dulu hari raya kita seronok bertandang merasa kuih raya, dari pagi sampai petang. sekarang mereka duduk mengadap TV yang offer pelbagai prog. Hilang semangat raya. Satu lagi budak-budak kalu beraya pun sbb nak duit raya bukan nak makan sangat.

orangkampung said...

To clifford, it's good that u don't hv the cable tv, otherwise spoilt. It wastes ur time really.