Thursday 10 September 2009

Menunggu lailatul Qadar dan lebaran

Dah masuk hari ke 20 puasa hari ni. Tak sedar je Ramadhan semakin menuju penghujungnya. Tinggal 10 hari terakhir dan masing-masing merebut untuk pecutan akhir. Berikhtikaf, qiamulail , tadarrus dan berbagai lagi dalam pencarian malam seribu bulan. Kata ustaz hanya mereka terpilih sahaja yang akan dapat berjumpa dengannya. Mereka yang mencintai solat, gembira dan ikhlas dengan solatnya dan ibadahnya.
Adakah kita begitu?

Kat sini pula kuih-kuih raya dalam proses penghantaran. Yours truly dah dapat sebahagian dari yang dipesan untuk dihantar ke seberang laut. Agak-agak dan ke sampai sebelum raya? Rasanya tak sempat kot.Silap-silap dah hancur berkecai . Apapun, it's the thought that counts. Dapat serbuk pun dapat juga rasa kan.

Marilah sama-sama kita menggunakan peluang terakhir yang ada untuk mendapatkan ganjaran malam seribu bulan itu . Insyaallah.

No comments: