Saturday 31 December 2011

Selamat Tinggal 2011

Oh, sudah sepurnama gagal mencatat apa-apa. Akhirnya, terpanggil untuk menulis sesuatu.
Banyak yang berlaku dalam tempuh yang telah berlalu dan tentunya tidak mampu untuk ditulis kesemuanya. Telah cuba memanafaatkan cuti yang lalu, tetapi......

Cuti pun sudah sampai ke penghujung dan akan bermulalah episod baru 2012 yang tidak begitu jauh lagi. Masihi 2011 mengundurkan diri dengan pelbagai kisah dan peristiwa yang berlaku suratan mahupun kebetulan. Yang pasti apa yang baik dijadikan tauladan dan yang sebaliknya akan dijadikan sempadan.

2012 Masihi. Tahun yang menarik. Banyak yang diramalkan oleh peramal-peramal tentang tahun ini. Ramai dah tahu, dah baca dan ramai juga pastinya menanti-nanti dan menunggu-nunggu samada segala yang diramalkan itu akan berlaku atau tidak. Sebagai orang Islam kita perlu berhati-hati dalam mempercayai ramalan-ramalan ini. Kita punya al-quran dan hadis, maka moleklah merujuk sumber ini sepenuhnya dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang diramalkan.

Pastinya ramai yang menanti-nanti kedatangan penyelamat akhir zaman, Imam Mahdi al Masih. Ya, apakah kita bakal terpilih menyertai barisan tenteranya? Jangan pula dalam keghairahan menanti kedatangan penyelamat ini, kita tersalah pilih pula dan menjadi pengikut al Masih yang satu lagi. Minta dijauhkan Allah. Hanya ilmu dan taqwa serta amal sahaja yang boleh membantu kita dalam situasi gawat ini nanti. Moga kita beroleh petunjuk dan diletakkan di dalam kalangan orang-orang yang diredhoi oleh Allah.

Yang pasti dunia tetap akan berakhir dan kita semuapun akan menemui Rabbul Jalil dan qiamat pasti akan datang. Bila waktunya?? Maha Suci Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012. Semoga kita akan menjadi lebih matang berfikir, lebih bertaqwa dan bertambah keimanan dari hari kehari. Yang pastinya kita semakin dekat menuju ke hari kematian......




Sunday 20 November 2011

Selamat Datang Cuti

Cuti panjang datang lagi untuk kesekian kalinya.
Ini bermakna tahun Masihi menuju ke penghujungnya. Ya, pada masa yang sama tahun Hijriah 1432 juga amat hampir untuk tamat dan minggu depan bermulalah tahun baru Islam 1433H .

Apakah maknanya semua ini? Benar. Masa terus laju berlari dan semakin mendekatkan kita kepada hari kematian kita. Maka beruntunglah mereka yang mempersiapkan diri mereka dengan bekalan untuk dibawa pergi bersama.

Sambil bercuti pastinya banyak tugasan lain yang perlu diberesi.
Ya, pelbagai dan tentunya masing-masing ada tarikh yang perlu dipatuhi. Apapun cuti memberi ruang untuk berehat dan bersantai , berkebun, beriadah dan apa sahajalah demi menyehatkan badan.

Yours truly memulakan cuti dengan buat 'pruning' serta 'touch up' sana sini kata halaman rumah. Tabur baja kat pokok, susun sikit bunga-bunga kat depan laman tu. Seronoknya...
Tengahari pergi makan kenduri. Ohh... kad-kad jemputan sudah siap diatur mengikut tarikhnya...

Beginilah agaknya kalau dah pencen ya...... banyak waktu senggang..... macam-macam boleh buat...






Sunday 6 November 2011

Salam 'Idil Adha



Salam 'Idil Adha buat semua.

Moga korban kita diterima Allah hendaknya.

Ameen.





Monday 31 October 2011

58 ke 60 ?

Adoiiii!! Sakit!
Bukan sakit apa, sakitlah nak membuat pilihan. Nak pilih 58 ke nak terus 60.
Yours truly dah ada pilihan sebenarnya dan tak ragu-ragu lagi dah dengan pilihan tu.

Sebenarnya, apakah yang dikejar oleh mereka ini? Mereka yang beria-ia nak menyambung-nyambung tu lah. Apakah tidak cukup-cukup lagi menghabiskan usia mereka mengejar hal-hal dunia ini? Alahai. bagi le can kat orang-orang muda pulak. Sudah melepasi separuh abad menguruskan hal-hal dunia, tak kan le tak puas-puas lagi? Rasa-rasanya bekalan yang nak dibawa pergi untuk alam yang kekal abadi tu dah cukup ke? Masyallah.

Amat peliklah mereka yang membawa usul ini. Terlalu taksub dan beria-ria dengan benda yang akan ditinggalkan dan tidak bersungguh dengan bekalan yang sepatutnya untuk dibawa pulang nanti. Eh, kita terikut-ikut juga kah dengan mereka yang tidak mempercayai akhirat?

Apakah nanti apabila di umur senja, kita mampu menangani urusan dunia dan akhirat dengan baik? Di bimbangi dalam keadaan persekitaran semasa hari ini , kita bakal kalah dengan tuntutan dunia dan akhirnya urusan akhirat hanya sekadar apa yang wajib sahaja. Jadi , mana mungkin kita mampu membawa bekalan secukupnya nanti.

Yours truly amat cemburu dengan kumpulan pesara yang menjadi kawan dan kenalan. Mereka ini berlumba mengisi masa mereka dengan mengejar ilmu dan beribadat sebagai bekalan. Alangkah beruntungnya mereka kerana masih diberi Allah peluang untuk mencari ilmu. Malanglah nanti sekiranya tengah seronok bekerja tiba-tiba dipanggil pulang oleh Pencipta tanpa sempat membuat persediaan secukupnya. Adoiii.

Maut boleh datang menjemput tanpa kita tahu bila. Baru-baru ni dua orang Ustaz yang mengajar yours truly telah pulang ke Rahmatullah dalam usia yang muda. Ustaz Hafiz berumur 44 tahun dan Ustaz Adam 36 tahun. Masih banyak yang mahu dituntut namun Allah lebih menyayangi mereka. Beruntunglah mereka kerana ilmu yang mereka tinggalkan memberi manafaat kepada yang tinggal. Moga Allah mengampuni mereka dan meletakkan roh mereka dalam kalangan orang-orang mukmin yang diredhoiNya.

Al-fatihah untuk Ustaz Hafiz dan Ustaz Adam.




Sunday 9 October 2011

RUGBY WEEKEND

What a great weekend, with great rugby matches!!

Still watching the last match of the quarter finals. All Blacks vs Puma. Ouch!!
Go All Blacks go.... 15 to 10 at this moment.
Go.. go..







More interesting pictures at official website Rugby World Cup 2011.


Sunday 2 October 2011

Kita memang suka makan.

Sudah masuk Bulan Oktober pun dan Zulkaedah juga. Tahun sudah menuju ke penghujung.

Syawal telah berlalu pergi namun kenduri raya masih belum berakhir. Aduhaii. Ramadhan yang 29 hari tu pon belum tentu penuhnya, tapi fasal makan boleh melebih-lebih. Tadi kat TV ada tunjuk satu majlis jamuan raya yang di buat selepas habis Syawal. Makaann lagi .....

Orang kita dalam bulan Syaaban buat kenduri nak sambut Ramadhan, makan. Bulan Ramadhan pulak tiap-tiap malam ada moreh, bazaar Ramadhan, buffet berbuka dan macam-macam lagi makanan.Makan lagii... Syawal pulak rumah terbuka sana-sini. Dari awal sampai habis bulan. Adoii. Bila ke masanya perut berehat?

Maka tak heran le selepas Ramadhan dan Syawal badan bukan bertambah sihat tapi sebaliknya.

Tak gitu??





Sunday 25 September 2011

Women Over 50

I got an emel from a friend baru-baru ni. Interesting. Nak share dengan readers semua.

Maybe some of you have read this before.
Never mind just enjoy it.
No harm done kan...



In case you missed it on "60 Minutes", this is what Andy Rooney thinks about women over 50.

60 Minutes Correspondent Andy Rooney (CBS)


“As I grow in age, I value women over 50 most of all. Here are just a few reasons why:

A woman over 50 will never wake you in the middle of the night & ask, 'What are you thinking?' She doesn't care what you think.

If a woman over 50 doesn't want to watch the game, she doesn't sit around whining about it. She goes and does something, she wants to do, & it's usually more interesting.

Women over 50 are dignified. They seldom have a screaming match with you at the opera or in the middle of an expensive restaurant. Of course, if you deserve it, they won't hesitate to shoot you, if they think they can get away with it.

Older women are generous with praise, often undeserved. They know what it's like to be unappreciated.

Women get psychic as they age. You never have to confess your sins to a woman over 50.

Once you get past a wrinkle or two, a woman over 50 is far sexier than her younger counterpart.

Older women are forthright and honest.. They'll tell you right off if you are a jerk or if you are acting like one. You don't ever have to wonder where you stand with her.

Yes, we praise women over 50 for a multitude of reasons. Unfortunately, it's not reciprocal. For every stunning, smart, well-coiffed, hot woman over 50, there is a bald, paunchy relic in yellow pants making a fool of himself with some 22-year old waitress. Ladies, I apologize.

For all those men who say, 'Why buy the cow when you can get the milk for free?’ Here's an update for you. Nowadays 80% of women are against marriage. Why? Because women realize it's not worth buying an entire pig just to get a little sausage!”
(Love that last line!)




ps. Me... no further comments..




Saturday 17 September 2011

Alam Ria Pasti 2011

Baru sahaja berakhir 'Alam Ria Pasti 2011' peringkat kebangsaan yang di adakan di PAKAT. Selama 2 hari. Minggu sudah peringkat Negeri Perak.2 hari juga. Sebuk kemain depan rumah teman dengan bas , kereta dan kenderaan lain. Seronoklah pulak. Meriah sakan

Wah, nampaknya Pasti Perak banyak juga jadi johan. Antaranya membaca khutbah,berpidato dan nasyid perempuan. Tempat kedua dan ke tiga pun ada juga. Hebat-hebat anak-anak generasi pelapis ini. Tahniah,Tahniah!!

Tahniah juga kepada PAKAT yang jadi tuan rumah mengelolakan majlis dengan jayanya. Oh, Unit Amal sangat efisen sekali mengawal trafik. Hebat mereka ni.

As an outsider, tengok dari luar je,( Tak pi tengok pun sebab dah ramai )I salute those involved organising,preparing, accomodating all the participants dari seluruh negara. Cuaca yang lembab, hujan semalam yang lebat. Namun segalanya lancar. Tahniah. Nampak baik dan hebat. Tenaga kerja dan gerak kerja semua yang terlibat mantap.
Thumbs up.



Tuesday 13 September 2011

Tersentuh hati

Tiba tiba hati tersentuh dengan ungkapan oleh bekas murid yang perasan dirinya sudah hebat kot?
Dia jelas menyokong sekular dan berfahaman sekular. Oh..... di mana silap nya. Kesihan

Cuba mengingatkan gurunya bahawa dia sudah tua. Oh,terima kasih, tetapi perhatikan dulu langkah kamu wahai anak muda. Lihatlah sendiri jalan yang kamu pilih.
Mungkin kamu tidak akan sampai ke mana-mana.
Tidak perlulah ego begitu.



Tuesday 30 August 2011

Salam 'Idul Fitri 1432 H




Salam 'Idul Fitri

Semoga Allah menerima amalan kami dan
amalan anda semua.

Ceria-ceria selalu.
Moga Roh Ramadhan akan terus kekal bersama kita.

Maaf Zahir dan Batin.









Monday 29 August 2011

Malam-malam akhir Ramadhan

Ramadhan bakal meninggalkan kita dan berdoalah kita moga Allah mempertemukan kita lagi dengan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat ini di tahun hadapan, Insyaallah.

Memetik kata ustaz tadi, " Ustaz, nama saya Sya'aban, kawan saya namanya Ramadhan nak datang ke rumah ustaz. dia ada 2 anak; satu makrifah dan satu lagi rahmah.Cucunya saum,iftar, tarawih, qiam,tadarus dan sedeqah. Akan berada di rumah ustaz selama 30 hari dan pulang apabila eid tiba'. Oh, Cantik sekali.

Ramadhan sudah hampir pulang, bagaimanakah kita selepas melalui madrasah Ramadhan ini. Apakah ada perubahan atau masih di takuk lama? Kata Pak Ustaz, kenapa Allah meletakkan keampunan di separuh kedua bukan di awal Ramadhan, supaya kita istiqomah dalam ibadah kita sepanjang Ramadhan, dari permulaan hingga ke hujung, untuk mendapat pelepasan dari api neraka.Jika pengampunan berada di awal, masuk separuh kedua, mungkin surau dan masjid lengang kerana ramai yang berfikir telah pun mendapat keampunan.

Malangnya kita tidak mampu lari dari masalah keduniaan dan memberi pemberatan kepada hal-hal keduniaan di sepanjang Ramadhan ini. Bertambah malang pula bila kita terpaksa tanpa kerelaan untuk memberikan perhatian atas benda-benda ini. Yang memaksa ini, kita pun tak faham, tidakkah mereka tahu kelebihan Ramadhan.

Moga kita berpeluang untuk bertemu Ramadan lagi dan kita penuhi ia dengan perkara-perkara yang lebih bermanafaat. Baki Ramadhan yang ada ini kita isilah dengan sebaiknya. Insyaallah.



Monday 22 August 2011

Kau Pergi Jua

Al Fatihah.
Takziah atas pemergian Tuk Ya Ustaz Azizi Hj Abdullah, tokoh penulis yang hebat.

Kita kehilangan seorang tokoh yang istiqomah dalam penulisannya.

Rasa bangga sangat apabila Tukya sempat menjenguk blog ini dan memberi komen.
Minat pada karyanya. Bersahaja.

Moga diampuni dan dirahmati Allah rohnya dan diletakkan bersama-sama hambaNya yang beriman.

Tenanglah Ustaz di sana.







Sunday 21 August 2011

SF Beauty Cream



SF beauty penemuan daripada sumber semulajadi utk rawatan kulit yang ringkas bagi menyerlahkan kecantikan semulajadi. SF beauty bertindak meningkatkan metabolisma kulit dgn penjanaan sel-sel baru, merencatkan proses penuaan, mengurangkan garis-garis halus, menambahkan ketegangan kulit dan mengekalkan kelembapan semulajadi agar kelihatan muda sentiasa.

Mengandungi Vitamin E utk merawat muka dengan menghilangkan jerawat,jeragat,bekas jerawat, mengecilkan pori-pori serta mencerahkan kulit muka anda.

(bagi yang kulit berjeragat dan pigmentasi sangat lah di syorkan)

INFO SF BEAUTY


Sf beauty merupakan produk dari Kelantan yang dijual secara perseorangan asalnya. Keberkesanan di ketahui dr mulut ke mulut sehingga permintaan sangat tinggi. Ia tidak dipasarkan oleh owner produk tetapi dijual secara perseorangan kpd dealer-dealernya shj.


Marilah cuba. Tak mahal pon.


Perak


* king - 012- 4542122 or 012- 5150395

or boleh email @ pm yours truly juge ....


Kepada yang berminat membeli, boleh call no. yang tertera. produk ini hanya dijual secara online sahaja. Produk tidak terdapat di kedai.

Jika berminat kami akan pos kan ke alamat yang diberi.


Harga trial pek ialah RM75.00 ( termasuk pos) boleh bertahan untuk penggunaan 3-4 minggu


Selamat mencuba.




Thursday 18 August 2011

17 Ramadhan

17 Ramadhan telah pun berlalu.

Signifikan nya, kita mengingati hari penurunan al-quran sebagai petunjuk kepada umat manusia. Hari penurunan 'Al-Furqan' - Pemisah yang Haq dari yang bathil.

Maka bersyukurlah kita kerana dijadikan Allah sebagai umat pilihan dan bersyukur kita kerana masih mampu lagi melalui Ramadhan tahun ini. Syukur kita kerana dikurniakan al Quran sebagai panduan dan tentunya kita tidak perlu ragu dengan panduan kitab suci ini. Moga kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang beriman dengan separuh dari apa yang diperintahkan oleh Allah di dalam al quran dan menolak sebahagian yang lain.( Cth klasik: hukum hudud, arahan menutup aurat )

17 Ramadhan juga, signifikannya : Badar al-Kubra.
Peperangan menegakkan Yang Haq dan menentang yang bathil. Semangat Badar al- Kubra ini perlu ada pada setiap diri kita supaya kita mampu menegakkan yang benar dan menewaskan yang salah. Perjuangan dan semangat tentera Allah di dalam peperangan ini sepatutnya menjadi ikutan kita, kerana bilangan bukan penentu kemenangan.

Moga kita semua mampu menghayati semangat pejuang-pejuang Badar dalam menjalani hidup kita di akhir zaman ini.


Kita hayati apa yang ditulis oleh Saudara Khairul Anuar Ismail (ibnubarqi.blogspot.com)
, penasihat PMRAM

BADAR AL- QUBRA : Pertembungan Antara Tentera Allah Dengan Tentera Taghut

Pada hari ini (17 Ramadan) tahun kedua hijrah telah berlaku satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang tidak wajar dilupakan oleh seluruh umat Islam. Peristiwa tersebut ialah peristiwa peperangan Badar Al-Kubra yang merupakan satu pertembungan antara tentera yang dipimpin oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan tentera kuffar Quraisy.

Peristiwa ini adalah merupakan permulaan operasi jihad al-qital di dalam Islam dan tenteranya yang berjumlah 313 orang daripada kalangan sahabat merupakan batalion syuhada yang menyaksikan seramai 14 orang sahabat Rasulullah telah menemui syahid. Bermula peperangan ini gerakan jihad di dalam Islam tidak pernah berakhir dan akan berterusan sehinggalah hari Qiamat.


Walaupun peperangan ini bukanlah satu peperangan yang besar dari segi jumlah, masa dan saiznya kerana tidak berlarutan lebih daripada sehari manakala jumlah korbannya hanya 14 di pihak muslimin dan 70 di pihak musyrikin, tetapi kesan yang diperolehi daripadanya amat besar. Ianya tidak sama dengan peperangan lain yang memakan masa selama bertahun-tahun bahkan berpuluh tahun serta angka korban yang mencapai angka puluhan ribu kerana apa yang dinilai ialah objektif peperangan ini yang melakar sejarah permulaan pertembungan berdarah antara kebenaran dan kebatilan, antara tauhid dan juga syirik sehingga digelar dalm al-quran sebagai yaum al-furqan (hari pemisahan):

(وما أنزلنا على عبدنا يوم الفرقان يوم التقى الجمعان)

“Dan tidaklah kali turunkan kepada hamba kami pada hari Al-Furqan pada Hari pertemuan dua pihak”
Rasulullah s.a.w sendiri telah menzahirkan kepentingan dan kehebatan peperangan ini dengan satu doa baginda sehingga kain rida’ yang dipakai baginda terjatuh daripada bahunya ketika mengangkat tangan kerana bersungguh-sungguh dalam doanya yang mana ianya berbunyi:

"اللهم انصر هذه العصابة، اللهم إن تهلك هذه العصابة فلن تُعبد في الأرض بعد اليوم"

“Ya Allah, Kau Berilah kemenangan kepada kaum ini, Ya Allah sekiranya hancurnya kaum ini maka nescaya Engkau tidak lagi disembah di muka bumi selepas hari ini”

Maksud yang ingin dinyatakan oleh baginda dalam doa ini adalah kepenting peperangan yang sedang dihadapi kaum muslimin yang mana ia akan menentukan nasib agama Islam dan tauhid serta ibadah kepada Allah kerana kumpulan muslimin tersebut merupakan kumpulan sahabat yang membawa agama Allah yang terakhir dan tiada lagi Nabi selepas Muhammad serta tiada lagi kitab selepas Al-Quran serta tiada lagi syariat selepas syariat Islam. Sekiranya kumpulan badar ini tewas nescaya akan tewaslah Islam dan berakhirlah agama tauhid di muka bumi ini.

Dalam peperangan ini telah berlaku beberapa babak-babak yang membuktikan ketinggian keimanan para sahabat baginda Rasulullah s.a.w dan kejayaan baginda mentarbiyah para jamaah muslimin samada kaum ansar dan muhajirin yang dibentuk di dalam madrasah nabawiyyah selama 13 tahun di Makkah dan selepas 2 tahun di Madinah.

Ketika mana Rasulullah bermusyawarah dengan para sahabat berkaitan kesediaan mereka untuk pergi berperang maka salah seorang daripada mereka yang bernama saidina Miqdad bin Al-Aswad berkata:

: يا رسول الله والله لا نقول لك كما قالت بنو إسرائيل لموسى اذهب أنت وربك فقاتلا إنا ها هنا قاعدون، بل نقول لك اذهب أنت وربك فقاتلا إنا معكما مقاتلون


“Wahai Rasulullah, Demi Allah kami tidak akan berkata kepadamu sebagaimana seperti mana berkatanya Bani Israel kepada Nabi Musa: Pergilah kamu dan tuhanmu dan berperanglah kamu berdua sedangkan kami ingin tinggal di sini, tetapi kami berkata kepadamu: Pergilah kamu dan tuhanmu maka berperanglah sesungguhnya kami akan berperang bersama kamu berdua”
Berkata pula saidina Saad Bin Muaz yang mewakili kaum Ansor:

يا رسول الله كأنك تريدنا، والله يا رسول الله لقد آمنا بك وصدَّقناك وأيقنا أن ما جئت به هو الحق، والله لو استعرضت بنا هذا البحر فخضته لخضناه وراءك ما تخلف منا رجل واحد وإنا لصُبُر في الحرب، صُدُق عند اللقاء، سالم بنا من شئت وحارب بنا من شئت لعل الله يريك منا ما تقر به عينك

“Wahai Rasulullah, seolah-olah kamu menginginkan kami. Demi Allah wahai Rasulullah, sesungguhnya kami beriman pada denganmu dan kami membenarkan kamu dan kami yakin sesungguhnya apa yang dibawa kamu adalah kebenaran. Demi Allah sekiranya dibentangkan kepada kami lautan luas kemudian engkau merentasinya nescaya kami akan merentasinya bersama di belakangmu dan tidak akan ada orang yang tertinggal walaupun seorang. Sesungguhnya kami orang-orang yang sabar dalam peperangan, benar dalam pertemuan, berdamailah dengan sesiapa pun yang engkau mahu bersama kami dan perangilah sesiapa pun yang engkau mahu bersama kami semoga Allah menunjukkan apa yang menyejukkan matamu.”

Demikianlah beberapa perkara yang boleh kita ambil sebagai pengajaran dan iktibar menerusi peristiwa peperangan badar semoga iman kita di bulan Ramadan ditingkatkan oleh Allah.






Monday 1 August 2011

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan!!
Sharrifta Ya Shahral Quran!!



Salam Ramadhan untuk semua.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.
Semoga kita memperoleh keberkatan darinya.
Moga Allah menerima ibadah kita.

Ramadhan bulan barakah, ibadah,
penyucian jiwa.

Salam kemaafan dari saya,
Agar kita mampu menjadi insan yang lebih baik
berkat ibadah puasa yang kita laksanakan.


Ahlan, ahlan wa sahlan, Ya Ramadhan...




Wednesday 20 July 2011

Dr Lo'Lo' Sekadar yang saya Kenali - Prof Dr Asri

Disalin dari Blog Panglima 7

Assalamualaikum Wbr.

Setiap yang hidup pasti akan mati.

Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya segala kerajaan, dan Dia (Allah) Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dialah yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya. Surah Al-Mulk ayat 1-2.


Panglima7


Al-Fatihah Buat Allahyarhamah Dr. Lo'Lo', Semoga Allah
mencucuri rahmat ke atas Ruhnya. aaminn.


Dr. Lo'Lo' sekadar yang saya kenali - Prof Dr Asri

18 JULAI — Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan
hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis
pergi, maka berakhirlah riwayat ini. Hidup hanyalah sebuah perjalanan,
pasti ada tarikh perhentiannya.

Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.
Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada
sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada
pula hari perginya.

Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo’Lo’ Mohd Ghazali,
perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau
kepada saya sepanjang saya mengenalinya. Paling sayu, saya
teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya
menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur.


Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata
saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal.
Padahal, saya telah sebut “insyaAllah”. Hari ini jenazah beliau
dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana
ada viva student di USM. Namun doa saya untuknya sejak saya
mendengar kematiannya.

Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang
lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa
kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada
Lo’Lo’ Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.

Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit
yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi s.a.w nasihati
kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji
saudaranya, maka hendaklah dia berkata: “aku menilainya demikian,
Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan
memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa
yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang
ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu.
Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan Mufti

Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo’Lo’. Cuma ada beberapa coretan
sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo’Lo’
sejak sebelum saya menjadi Mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri
beberapa majlis ucapan saya. Kali terakhir seingat saya di UIA,
semasa saya berforum.

Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo’Lo’
menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan
tersebut. Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan
pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu.

Antara yang beliau sebut “..saya juga seorang manusia yang
dhaif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup
sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran
seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal
kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan
majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah,
bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang
kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan
yang tidak selaras dengan Islam.

Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita
30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti
kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu
untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau. Lahir dari jiwa yang ikhlas
terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya
merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca
sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung
dalam nasihat itu. Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan,
apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata
nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Apabila saya menjadi Mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau.
Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau
rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.

Selepas Mufti

Apabila berhenti dari jawatan Mufti, pada hari yang berikutnya saya
terus ke UK. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik
dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal
Manchester. Layanan baik Fawwaz kepada saya dan
keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak
dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap
baik ibunya kepada saya.

Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya
ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs
yang hadir. Dr Lo’Lo’ yang ketika itu uzur juga turut hadir ke
mahkamah di Gombak. Sempat saya bercakap dengan beliau.
Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian
dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan,
bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.

Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang
sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat
disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu,
agak kerap juga kami bertanya khabar.

Masuk Umno

Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai
isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka
dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara
dalam Islam ini. Apabila timbul berita saya akan masuk Umno,
Dr Lo’Lo’ menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau: “Janganlah
ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini.
Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno.
Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu.

Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.
Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir
lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap
langkah.

Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin
kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup
semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.
Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan
kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika
ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.

Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus
bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa
yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa
pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah
bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.

Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo’lo sekali
lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan
sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini
bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan
manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS. Jika Tuan
Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini.
Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.

Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau
tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih,
sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan
masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah,
seorang yang jujur dengan keyakinannya.

Kritik PR

Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama
PR, Dr Lo’Lo’ kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan
hatinya. Kadang-kala bahasanya “tegas”. Saya sering tersenyum
apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat
sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata
yang datang dari seorang yang prihatin.

Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan
pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS
beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel
lama saya “Ulama atau professional Jadi Pemimpin”
(drmaza.com/home/?p=605) . Beliau kata, beliau ingin
meminta supaya Harakah menyiarkannya semula.

Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam
kepimpinan PAS.

Ziarah hospital

Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada
dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz.
Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa
orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.

Dr Lo’lo meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu.
MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam
kedaan yang uzur terbaring di katil. Wajahnya sudah kelihatan
bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya.
Beliau menangis ketika itu.

Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau:
“ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah
yang baik”. Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya
bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi.

Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni,
kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan
kasih-sayang Allah. Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian
melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan
Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali
kepada Allah.

Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus
memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur
segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan
hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi
untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu
akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul

Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan
sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran
yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.
Antara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz
ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa,
hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok
dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku
kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang
menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau “pendakwah”.
Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya
berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi
habuan selepas kuliah atau ceramah.

Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai
yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan. Kata-kata
Dr Lo’Lo’ itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah).
Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.

Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi
dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya.
Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir
pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan
mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai
Islam dan keadilan. Sebagai seorang sahabat dan insan
yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa
untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian
meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke
destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.

* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik
dan bekas Mufti Perlis




Terharu dengan pengkisahan ini, semoga kita mampu menyambung perjuangan allahyarham.

Al-fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang yang diredhai Allah.

Wednesday 13 July 2011

Amalan waktu pagi

Amalan waktu pagi

Mari kita sama-sama cuba untuk melakukannya secara istiqomah.
Kepada yang telah dan sedang melaksanakannya
semoga kita mampu berterusan dengan amalan ini.
Insyaallah.

Tetapkanlah hati-hati kami, Ya Allah!.


Saturday 9 July 2011

Tarikh ini

Hari ini 9 Julai . Hari ini dalam sejarah. Oohhh!! What a date.

I personally have my own sentimental value, thoughts, liking whatever not regarding this tarikh. Of courselah sebab it's my birthday. Mmmmm what a date isn't it.
Previous years....; it went on uneventful of course ( well, full of events only for those celebrating it)
But this year, Wow!! Everybody seems so curious.... It is so meaningful.....mmmmmm to me personally of course.

Well. I have my reasons. It marks my presence selama separuh abad di dunia ini dan oh, my friend kata" welcome to the club" Yeah!

Menariknya, tarikh ini tahun ini dah jadi tarikh keramat pula for the nation. Owwh! Of course, I teruja, people will be remembering this date forever.... with what is happening kat KL nun.... kempen "keBersihan" nampaknya..... tapi apasal pulak dah jadi negara polis???
Macam-macam lah pulak.

Well! People perlu think rationally. Make full use of the 'aqal given by God. I don't see any harm with the campaign but the way some people are looking at it makes it the other way round. Kepala perlu dibuka luas-luas, perlu keluar dari tempurung kaca itu. Memang kita boleh nampak suasana luas diluar tetapi kena ingat kita masih terbelenggu oleh dinding kaca dengan dunia di luar itu. Ohh.... please.... terbukalah, ini sudah 21st century bukan kurun 19 atau 20 lagi.

Jika di duniapun kerajaan china dan russia itu sudah berpecah-belah dan manusia sudah tidak boleh menerima fahaman buku merah itu, mana mungkin di negara tercinta ini. Janganlah cuba menipu sejarah. Tidak usahlah membodohkan jelata yang rata-rata sudah majoriti perpendidikan tinggi. tapi kalau yang sudah masuk pengajian tinggi juga tidak mampu berfikir, aduhhhh!!! aku berlepas dirilah.... kesiannnn itu sahaja yang mampu untuk dikatakan...

Mmmm..... apapun Alhamdulillah, Ya Allah kerana telah memberikan aku peluang untuk menghirup udara Mu sehingga hari ini, meminjamkan aku saat-saat dan waktu ini untuk membuat dan menambah amalan untuk dibawa sebagai bekalan.

"Ya Allah berikanku keredhaanMu kerana sesungguhnya tanpa keredhaanMu segala-galanya tidak ada makna."



9.7.2011: Tarikh yang akan diingati. Satu catatan sejarah negara.
He he he he......



Tuesday 28 June 2011

Salam Isra' Mi'raj

27 Rejab datang lagi. Setiap tahun pasti kita akan meluangkan masa untuk mengikuti kuliah bagi memperingati peristiwa besar ini.

Setiap tahun juga kita diperingatkan tentang kesedihan Nabi saw, selepas wafatnya isteri tercinta, tentang kecaman dan tentangan kafir Quraish dan bagaimana Allah menghilangkan kedukaan baginda dengan perjalanan malam yang maha hebat itu, untuk bertemuNYA dan seterusnya menerima ibadah solat yang yang 5.

Seringkali juga kita diberitahu mengenai apa yang Rasulullah saw nampak sepanjang perjalanan malam tersebut; orang yang menghantuk kepalanya kepada batu, perempuan yang digantung rambutnya, orang yang menggunting lidahnya dan banyak lagi. Semuanya dijelaskan kepada kita oleh Pak Ustaz mahupun Ustazah.

Namun, realitinya berapa peratuskah peringatan-peringatan tersebut yang benar-benar melekat di hati kita? Mungkin untuk beberapa hari atau minggu ia mampu bertahan tetapi lama-kelamaan ia akan beransur pudar dari ingatan , sehinggalah datang lagi 27 Rejab yang berikutnya.

Begitulah kita sebagai manusia, hakikatnya memang sentiasa lupa dan perlukan selalu kepada peringatan. Sesuai dengan panggilan kita sebagai 'an nas' yang lupa.

Maka firman Allah; " Demi masa. Sesungguh manusia itu sentiasa di dalam kerugian, kecuali mereka yang sentiasa beriman dan beramal soleh , dan yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan yang berpesan-pesan pada kesabaran" ( Al Asr )

Marilah kita sama-sama ingat-mengingati dan semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran.
Insyaallah.




Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara, akhirat jugalah yang abadi. "Gah" di dunia hanyalah sementara ( itupun semasa kita hidup, bila dah tiada orang pastinya perlahan-lahan akan melupakan kita....)



Sunday 26 June 2011

Mencuba Pakaian Syurga

Mencuba Pakaian Syurga

Mari kita baca dan hayati artikel di atas.Memang fenomena hari ini, semakin ramai yang terikut-ikut dengan trend semasa, baik muda mahu pun yang tua. Yang muda memang di fahami mudah sangat terikut-ikut dengan trend semasa serta kurang ilmunya. Malang pula bagi yang sudah banyak umurnya juga sering lupa dengan tata cara berpakaian mengikut syariat. Seolah tidak puas di zaman mudanya berpakaian sendat ketat, pendek dan menonjol apa yang ada. Di usia senja masih segan untuk menutup secara sempurna apa yang patut dilindungi.


Semoga kita mendapat pengajaran dari peringatan saudari kita ini.