Saturday 31 December 2011

Selamat Tinggal 2011

Oh, sudah sepurnama gagal mencatat apa-apa. Akhirnya, terpanggil untuk menulis sesuatu.
Banyak yang berlaku dalam tempuh yang telah berlalu dan tentunya tidak mampu untuk ditulis kesemuanya. Telah cuba memanafaatkan cuti yang lalu, tetapi......

Cuti pun sudah sampai ke penghujung dan akan bermulalah episod baru 2012 yang tidak begitu jauh lagi. Masihi 2011 mengundurkan diri dengan pelbagai kisah dan peristiwa yang berlaku suratan mahupun kebetulan. Yang pasti apa yang baik dijadikan tauladan dan yang sebaliknya akan dijadikan sempadan.

2012 Masihi. Tahun yang menarik. Banyak yang diramalkan oleh peramal-peramal tentang tahun ini. Ramai dah tahu, dah baca dan ramai juga pastinya menanti-nanti dan menunggu-nunggu samada segala yang diramalkan itu akan berlaku atau tidak. Sebagai orang Islam kita perlu berhati-hati dalam mempercayai ramalan-ramalan ini. Kita punya al-quran dan hadis, maka moleklah merujuk sumber ini sepenuhnya dan tidak mempercayai bulat-bulat apa yang diramalkan.

Pastinya ramai yang menanti-nanti kedatangan penyelamat akhir zaman, Imam Mahdi al Masih. Ya, apakah kita bakal terpilih menyertai barisan tenteranya? Jangan pula dalam keghairahan menanti kedatangan penyelamat ini, kita tersalah pilih pula dan menjadi pengikut al Masih yang satu lagi. Minta dijauhkan Allah. Hanya ilmu dan taqwa serta amal sahaja yang boleh membantu kita dalam situasi gawat ini nanti. Moga kita beroleh petunjuk dan diletakkan di dalam kalangan orang-orang yang diredhoi oleh Allah.

Yang pasti dunia tetap akan berakhir dan kita semuapun akan menemui Rabbul Jalil dan qiamat pasti akan datang. Bila waktunya?? Maha Suci Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012. Semoga kita akan menjadi lebih matang berfikir, lebih bertaqwa dan bertambah keimanan dari hari kehari. Yang pastinya kita semakin dekat menuju ke hari kematian......




No comments: