Saturday 27 June 2009

Working Saturday

I kind of lost track of the day today. It's a working Saturday. Right from the early morning until midday then some other activities in the afternoon , I forgot that it's Saturday. Well, when you have to work on Saturday while others not, you feel sooo stressful. In fact, it's the second in a row. Alamak. Then comes Sunday with already planned activities ( must attend ) right from morning.... again ... Alamak ... there goes my week end.

Friday 26 June 2009

RIP Mikaeel




Rasa terpanggil juga ( seperti orang lain ) untuk menulis mengenai King of Pop , Michael Jackson yang akhirnya menemui penciptanya pada 2 Rejab 1430H ; 25 Jun 2009.

Pernah menulis mengenai perubahan rupanya sebelum ini. Dia seperti kehilangan jatidiri dan tiada halatuju. Watak dirinya hilang. Rupanya berubah bermula dari tahun 80an . ( 'Fame' n ' 'wealth' ? ) Sehingga akhirnya Michael yang kita kenali di zaman 'Jackson 5' tiada lagi dan dia seolah-olah bukan ahli keluarga Jackson .( Tiada langsung ciri-ciri keluarga Jackson itu yang dapat dilihat. ) Begitu ketara perbezaannya.

Begitulah hayat manusia, tiada siapa yang tahu bila ajalnya akan tiba. Michael juga begitu kerana dia sedang bersiap untuk menjadi 'phoenix' dengan konsertnya di London tetapi tidak kesampaian apabila dijemput menemui tuhan terlebih dahulu. Banyak yang dilaluinya sepanjang 50 tahun itu dan jika benarlah dia telah menjadi sebahagian dari saudara kita maka kematiannya sebagai seorang Muslim wajar kita sedekahkan dengan al fatihah. Nampaknya tidak sempatlah dia berjumpa dengan Ramadahan al Mubarak tahun ini. Allahlah Yang Maha Mengetahui.

Oh, teringat, yours truly pernah bersama seorang rakan yang sekarang dah jadi Director kat IIUM menjadi nakal menghantar potongan gambar MJ (sebelum dia berubah) ke dalam peti assignment lecturer Sociology kami ( lupa nama). Nak kacau dia le konon. Oh, we laughed our hearts out after that ...
ps. I prefer his original look and I believe millions others too. If only he knew....
We're going to miss you forever ...
al-fatihah



Tuesday 23 June 2009

1 Rejab

Oh, Esok bermula bulan Rejab yang mulia. Bulan Tuhan. Bila masuk Rejab kita akan menemui Isra' mikraj dan seterusnya berjumpa dengan Sya'baan dan selepas itu ahlan wa sahlan Ramadhan al Mubarak.

Banyak yang boleh dilakukan di bulan ini. Contohnya hanya dengan berpuasa 1 hari di bulan ini dan memnuhinya dengan amal ibadat, Allah menjanjikan keredhaanNya. Lebih banyak amalan yang dilakukan maka lebih baiklah balasannya. insyaallah.

Marilah sama-sama kita ingat-mengingati dan bersama-sama memperbaiki dan menambah amalan kita dalam mencari keredhaanNya.

Pembangunan

Pernah dengar pusat rekreasi dan perkelahan Bukit Berapit ? Kepada sesiapa yang dulu sering berulang-alik dari Taiping dan KK melalui jalan lama pasti tahu. Kawasan ini dulu merupakan kawasan utama anak-anak muda, keluarga dan sesiapa sahaja yang lalu melepas penat serta berkelah dan mandi-manda di hujung minggu. Apabila PLUS membina lebuhraya, kawasan ini agak terganggu dan ada lencongan air serta sudah tidak semulajadi lagi. Ia hilang keasliannya dan tidak lagi menjadi pusat rekreasi utama.

Hari ini , inilah yang telah berlaku. Kemana menghilangya batu-batu besar serta laluan air terjun itu kita pun tidak tahu. Dahulu kawasan ini sangat sejuk dan nyaman.

Ini dia kawasan yang tinggal. habis diratakan. Hilang entah ke mana saliran air dan pokok-pokok dan suasana yang nyaman itu.


Hanya tinggal longgokan batu-bata gunung yang (mungkin diletupkan?) Kemana ye air-air terjun itu semua?

Lapang dan terang. Habis semua pokok-pokok yang besar.
Kenapa ye ?
Kerana memberi laluan kepada .........
Landasan keretapi berkembar ke utara.




A few kilometres away Gunung Pondok pula sudah menjadi gunung apa ye?



Inilah yang tinggal dari Gunung Pondok yang dahulu tersergam megah di Padang Rengas.


Dari sisi , sudah ada heli pad kat atas tu.


Dari depan, masih bolehkah lagi di panggil Gunung Pondok? Sudah tiada gunungnya.


Yeah, inilah dia harga yang perlu dibayar untuk pembangunan.
Okay, I'm not against development all right. However, when it becomes a real nuisance to the public, I would say 'NO'
When trees have to suffer, the environment is disturbed, the health of the people, the future generation is at stake , 'NO'

Sunday 21 June 2009

Ijtima' Bulanan

Ijtima' Bulanan kelolaan At-Toif hari ini dengan sambungan kuliah yang dipetik dari Kitab Fiqh oleh Us Hj Saleh bin Hj Ahmad.

Sambungan kali ini Qaedah Furu' ;

1. 'Al-aslu buqou' ma ka na 'ala ma kaan.' - Asal masalah ialah kekalnya sesuatu perkara di atas keadaan yang asal.

Contohnya ; Jika seseorang yakin dengan wudu'nya dan bersembahyang dan kemudian datang syak akan hadas maka di kira wudu'nya. Kerana di ambil kira pada yang asalnya iaitu dia pada mulanya yakin tentang wudu' nya.

2. 'Al aslu al 'Adam - Asal pada perkara itu ialah tiada.

Contoh : Seseorang yang telah makan harta orang lain ( seperti makan kenduri tanpa diundang )kemudian menyatakan bahawa tuan rumah telah membenarkannya, tetapi telah dinafikan oleh tuan rumah maka, kenyataan tuan rumahlah yang perlu diterima kerana pada asalnya makan harta orang adalah haram.

Ada lagi... banyak contoh lain.

Ada peringatan lain lagi selain Kitab Fiqh, ada tazkirah tentang amalan wirid selepas solat yang sememangnya telah diamalkan dari zaman Nabi lagi. (Tidak perlu di pertikaikan - ada pula orang mempertikaikan) Maka teruskanlah.

Hari Anugerah

Raptai penuh a day earlier - pasukan kadet n PBSM


Penerima bergambar dengan Dato' Ahmad Zaki

The guest of honour is coming...

Pasukan kompang and our 2 police officers - tukang pakai rozet


Semalam berlangsung Hari Anugerah Cemerlang ke 101. Cemerlanglah kepada yang cemerlang dan Tahniah. Dato' Ahmad Zaki who came to officiate ( an Old Boy ) is the COO for Kuwait Finance House. Still good looking and very friendly and of course generous too. All in all, the event went on very smoothly, I would say.

Kami bekejar antara Majlis Hari Anugerah dan Pertandingan Pantun Akhir peringkat Negeri. Menjadi jawatankuasa bahagian makanan dan memastikan peserta menerima makanan dan dapat makan. Alahai... nanti lapor tidak dapat pulak nak berpantun dengan baik.

Finalis terdiri dari STAR Ipoh dengan SMK Alang Iskandar Parit Buntar dan piala akhirnya milik SMK Alang Iskandar. Tahniah le dengarnya dah 8 kali Johan. Eh, takkan le tak ada sekolah lain yang boleh menandingi team ni atau mungkinkah ada hanky-panky bisness sejak dari awal lagi...???? Apa-apa pun boleh jadi. ( Dengar nya ramai juga yang bercakap di belakang )

Selesai selepas jam 2.00 petang...

Friday 19 June 2009

When the shoes do not fit...

That's how I feel. You won't be able to walk comfortably. And you could be limping all the way through. Neither will you look smart nor people will praise you. Mmm..that's how I feel.
When the shoes do not fit... then, obviously you fail to know your size and resulting... you will either get one size bigger or one size smaller. Mmm that's what I feel.
So ...... better be sure, better make sure that you really know your size.
Otherwise, you will be limping everywhere you go...

Bersabarlah.

Semalam kami berkesempatan ke Hospital Taiping untuk menziarah seorang sahabat yang sedang menerima ujian dari Allah . Sabar dan redho nampaknya beliau. Begitulah yang sebaiknya kerana redho dengan ujian Allah ini dapat membersihkan diri dari dosa-dosa. Sesungguhnya Allah sentiasa menguji akan hamba-hambaNya.Teruskan bersabar dan berdoalah semoga semuanya akan selamat dan berjaya.

Doa kami semoga sahabat ini akan segera sembuh sepenuhnya dan dapat meneruskan pekerjaan dan segala urusan seperti sediakala. Insyaaallah. Ameen.

Tuesday 16 June 2009

Kemana Mereka ye ??

Hari ke dua memasuki kelas 6 rendah 2. Kemana ramai mereka menghilang..? Pelik betul tahun ini. Kemerosotan bilangan pelajar nyata sekali. Dari awal pendaftaran lagi rasanya bilangan mereka kurang dari tahun sebelumnya. Yang dah ditawarkan pulak ada yang terlibat dengan PLKN dan dah masukpun ada yang kena pegi juga....

Kalau dilihat rata-rata mereka akan lari dari terus memasuki T6. Apa kes? Sekolah-sekolah berhampiran juga mengalami suasana yang sama. Bilangan pelajar enam rendahnya semakin merosot. Ada tidak sesiapa membuat kajian? Ada yang sudah masuk separuh jalan akan keluar untuk masuk kursus yang akan menjamin pekerjaan seperti kursus nursing, MA dan banyak lagi.

Kementerian mahu menjenamakan semula T6 bagi menarik lebih ramai masuk, namun tawaran dari institusi lain pun nampak lebih menarik. Jika pelajar keluar dari T6 selepas 2 tahun dengan sijil STPM, Politeknik pula meraih minat dengan 3 tahun pelbagai diploma di samping punya kemahiran. Begitu juga dengan kolej-kolej swasta lain. UiTM juga berjaya menarik ramai pelajar cemerlang dan sederhana dengan tawaran diplomanya untuk 3 tahun.

Eh, ada banyak lagilah. Masalahnya apakah faktor penolak bagi T6. Antaranya ??? kena pakai unifom, kena kawalan disiplin macam budak sekolah, jadual padat, lama sangat belajar baru exam,dah tamat belum tentu dapat masuk U, banyak sangat nak dipelajari ???.... dan bermacam-macam lagi le. Betul tak Joshua ?

Monday 15 June 2009

Panik kejap

Life is back to normal. Yeah, we stirred the atmosphere which used to be calm with our presence .... and left the other corner quiet...

Whatever it is, soon as I got home, my son alerted me about our cat.... alahai I panicked ..... something was not right. I almost cried, kucing tu tak mahu makan, minum, jalan pun wobbling aje... alamak.. so used to so many people at home during holidays and today, he was left alone. But I suspected something amiss , apa benda entah.

I forced it to minum air kelapa muda... he, he,he ( lawakkan and nasib baik ada kelapanya) after some time dia refused tapi I managed to suapkan about 4 tablespoon. All in all more than 5 tabsp..... And nampaknya dah makan and minum and main kat luar as well as mengejar ayam ( his fav pastime)

Nak bawa ke clinic , dah tutup le pulak........

Sunday 14 June 2009

Kursus Penutup

Peserta lelaki memulakan latihan tawaf


Peserta kursus bersedia di perkarangan masjid untuk menjalani latihan praktikal sedang kyusuk mendengar penerangan dari ustaz.



Peserta lelaki menjalani praktikal melontar diperhati oleh peserta wanita.


Praktikal tawaf peserta lelaki dan wanita..


Kursus Bersiri di Masjid Ridwaniah tamat hari ni. Hari ni praktikum. Seronok sekali para peserta yang ambil bahagian melaksanakan latihan. Tn guru Us. Mat Rasid sangat jelas penerangannya dan lawak jenakanya menceriakan suasana.


That's it. My Sunday will be free again. I'm thinking of joining the class at KISDAR pulak.

Ia bermula hari ini tetapi minggu depan le kot pergi daftar....


Saturday 13 June 2009

Penghujung cuti

Buaian ( endoi ) majlis naik buai cucu Hjh Azizah


Cantik dan menarik, tetapi 'baby' nya tidur kat bawah aje tadi.

Yang ini endoi lama, baby yang dalam endoi tu pun 'baby dah lama'

Hari ini ada jemputan kenduri lagi. Seorang kawan naik pelamin ..... mmmm menamatkan zaman dudanya.. Tahniah le.

Seorang lagi sahabat mengadakan kenduri kesyukuran , cucunya naik buaian... alahai dah jadi nenek kawan ku ini... muda lagi .. Tahniah.. tahniah , Dah jadi datin le ye.

Ahli keluarga terdekat juga bakal menerima ahli baru dalam keluarganya, dah masuk hospital dah semalam..... tahniah juga lah..

Dan cuti pun semakin hampir ke penghujung. Yang telah menyelesaikan semua tugasan sepanjang cuti, dah habis marking dan semua urusan , tahniah di ucapkan.

Hari Isnin kita mula fasa baru. I have a lot to do. Beside classes, I must get rid of all those unwanted papers......

And one thing for sure, must be early.... otherwise no parking.....he..he..he..

Friday 12 June 2009

Jerebu Oh Jerebu

Jerebu oh berjerebu sehingga papan tanda di simpang tidak jelas.


Sekeliling berjerebu





Semalam kami ke Shah Alam. Jerebu di sepanjang perjalanan. Teruk betul kualiti udaranya. Panas sememangnya menggigit...... air-cond seolah tidak berfungsi je...

Gunung-ganang yang sepatutnya cantik dipandang di sepanjang perjalanan tidak kelihatan jelas. Hazy, dazy..... Teruk..teruk. Dan kelihatan pula di satu kawasan (lupa nama) ada berlaku pembakaran terbuka untuk menambah teruk keadaan yang sudah sedia buruk.

Malamnya, debu-debu berkenaan semakin turun ke bumi, maka penglihatan menjadi lagi teruk. Setiap tahun semenjak beberapa tahun ini masalah jerebu ini berterusan..... apakah usaha dan jalan yang boleh di ambil untuk mengurangkan masalah ini ?

Kereta oh kereta di Lembah Kelang aje kata Pengarah DOE tadi ada 3 juta... hah itu dah pasti penyumbang kepada masalah ini. Apa tindakan ?

Pembakaran terbuka , memang berlaku di mana-mana.... jadi... denda?... mereka tak takut pun.

Tanam pokok banyak-banyak.... Yang dah sedia tertanam pun banyak yang ditebang tanpa izin. Gunung-ganang, bukit bukau banyak yang dah gondol atas nama pembangunan dan rekreasi.... ( ye ke pon? atau sebab nak jadi kaya cepat ?) buat padang golf dan pusat pelancungan. ( berapa ramai yang datang nak main golf ? pelancung tempatan macamana? )

Alahai ........ inilah akibat apabila pemegang amanah tidak menjalankan amanah

"Gila babi"

A friend of mine e-mailed me these pictures. There are more actually. I think 4 pics will explain enough why we have all this pandemic ...... Gila babi sungguh depa



Tak larat tengok betapa sayang dan sukanya mereka...


Yang ini siap ke kandang pula....



Kesian.... kesian.... tak geli langsung...



Siap jilat lagi hidung eee......

p.s.
So sorry kalau ada yang ter'offended' dengan gambar-gambar ni. Bukan apa saja nak tunjuk bagaimana to us it's a dirty animal but to them it's beautiful....... beauty is in the eye of the beholder. Entah apa-apa...

Thursday 11 June 2009

10 subjek je ?

Apa rasionalnya? Banyak sangatkah masalahnya? Sudah tidak cukup pemeriksa ke? Masalah jadual waktu ? Rasanya setakat ini belum pun ada yang gagal menduduki kertas yang dipilih sebab ada 'clash'. Jadi apakah punca sebenarnya ?

Masalah biasiswa..... sebab sudah terlalu ramai yang mendapat keputusan yang hebat-hebat. Apa pula puncanya yang menyebabkan terlalu ramai mampu mendapat keputusan yang maha hebat? Takkan tidak boleh agak kot ...

Seorang kawan berkata, pelajarnya yang sering ponteng sekolah , selalu tidur dalam kelas, bila ujian dan peperiksaan dalaman dilaksanakan tidak pernah lulus, nak dapat 20 markah pun payah untuk kertas sains terasnya....tiba-tiba boleh lulus kertas sains spmnya...... wow miracle sekali kan...

Hah! itulah jawapannya, mengapa terlalu ramai yang mampu mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak perlu fikir banyak lagi.....

Maka sesuatu perlu di buat , bukan menghadkan bilangan maksimum kertas yang boleh diambil ...... alahai........takkan nak ajar itik berenang kot ?

Wednesday 10 June 2009

English - a must pass..?

Belum selesai PPSMI dah datang cerita baru. Ada kaitan kot antara keduanya? Samada PPSMI akan diteruskan atau tidak , masih menunggu laporan lagi. Nah sekarang lontar pulak satu soalan lagi ,wajib lulus Bahasa Inggeris untuk lulus SPM?.

Apa ni ? Matematik dan Sains dah jahanam gara-gara PPSMI , lepas tu wajibkan pula lulus bahasa untuk kedua subjek tu (BI) Hai .... macam nak suruh budak-budak luar bandar bungkus aje.

Kalau ye pun nak laksanakan, buat lah dulu persediaan. Sediakan prasarana mencukupi. Tenaga pengajar yang cukup dan berlebih-lebih. Ini bukan setakat sekolah luar bandar yang tidak cukup guru , sekolah dalam kategori bandar pun tidak cukup guru BI yang terlatih. ( Yang terlatihpun belum tentu boleh jadi pengajar BI yang baik.) Guru-guru Sains dan Matematik pun masih ada lagi yang terhegeh-hegeh untuk menguasai BI. Nak buat satu ayat pun mereka ada yang berpeluh. Alahai......

Pelik dengan kementerian ini. Bermula dari pertengahan tahun 1980an hingga kini apa hala tujunya...entahlah. Yang boleh di banggakan kot ialah... wujud Falsafah Pendidikan Negara ( eh.. tak mahu tukar jadi Falsafah Pelajaran Negara ke ? ) yang lainnya , entahlah ... apa fokusnya ye ?...


ps. .... sambung cerita lain kali.

Too beautiful NOT to Share

Someone sent me this story, It's too beautiful not to share....indeed..

A Story to live by

There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend,
'If I could only see the world, I will marry you.
'One day,
someone donated a pair of eyes to her.
When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.
He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?'
The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.

Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying:
'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'
This is how the human brain often works when our status changes.
Only a very few remember what life was like before,
and who was always by their side in the most painful situations.
Life Is a Gift
Today
before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
Before
you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.
Before
you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.
Today
before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth.
Before
you complain about your children - Think of someone who desires children but they're barren.
Before
you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep
- Think of the people who are living in the streets.
Before
whining about the distance you drive
think of someone who walks the same distance with their feet.
And when you are tired and complain about your job
- Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.
But before
you think of pointing the finger or condemning another
- Remember that not one of us is without sin.
And when depressing thoughts seem to get you down -
Put a smile on your face and think : you're alive and still around.
I PRAY THIS MOVES AROUND THE ENTIRE UNIVERSE...
Too beautiful not to share......

Tuesday 9 June 2009

Gambar-gambar untuk dikongsi

Majlis perkahwinan pasangan India (lupa nama) yang berlangsung di sebelah bilik kami bermesyuarat Mei lalu.

3 gadis penari untuk satu majlis perkahwinan yang berlangsung di Hotel Summit Mei lalu

Koleksi 'pets' terkini

Our usual meeting place Ulu Bernam RnR sebelum ke KL
A funeral procession - a rich Chinese family seen from Block F

Antara mercu tanda pekan Sungai Siput (U) Lion Hill , Can you see the 'singa'? nampak hebat kan.

Monday 8 June 2009

Tak nak sokong le.....

I can't help. I must say it. Keputusan yang baru di ketahui sungguh menyenakkan. Hai!,tidak fahamlah mengapa mereka menaruh kepercayaan kepada orang yang telah jelas suka membuat sesuatu tanpa memikirkan umum secara kolektif , kumpulan akar-umbi. Bertindak ikut kemahuan depa aje dan yang nyata syok sendiri. Nyampah.

Mengapa keputusan lambat keluar,hah? Ada banyak udang di balik mee ke ? Ada kumpulan yang mahu tokoh itu juga menangke? Eh, tengok-tengok le rumput-rumput kat bumi, bukan semuanya suka dan puas hati dengan pilihan itu. Kita tidak suka orang yang bertindak tanpa merujuk kepada kepala yang diatas kemudian cuba main sorok-sorok. Inikah orang yang diharapkan akan dapat menawan kumpulan muda? Mengurangkan lagi ada..... tak minat langsung. ( Dia mesti perasan yang ramai minat dia.....eh eleh )

Dulu mungkin okay, tetapi sejak ada kes merayap buat perjumpaan dalam gelap...ish,ish,ish langsung meluat . Kemudian canang pulak tidak ada niat langsung...... susah nak percaya orang macam ni, tambah pulak dengar cerita hidup pun bukan main lavish lagi......Kediamanpun juta-jutaan. Moden betul. Mengikut arus sungguh. Betul ke kepimpinan melalui teladan. Boleh teladan ke?

Give up dan ramai lagi akan give up ............. percayalah.

Musim nikah kahwin

Weekend yang panas dan sebuk. Berkenduri ke sana dan ke sini . Cuaca yang panas terik. Makan kenduri dengan lauk pauk yang menyelerakan. Nasi minyak , rendang daging, kari yang sedap, segala macam hidangan yang enak dan pastinya ...... mmm proses penambahan kolesterol. Ya.. musim-musim begini tidak dapat tidak kolesterol akan bertambah, berat badan sudah tentu dan risiko pun meningkat.

Itu rutin sepanjang musim cuti sekolah. Musim kenduri nikah kahwin, musim berjumpa sanak saudara, ipar duai yang jarang-jarang berjumpa dan dapat dipertemukan semula. Sebenarnya, hari raya pun tidak dapat mempertemukan ramai saudara-mara dengan ahli-ahli keluarga yang jarang ditemui. Tetapi berlainan dengan majlis kenduri kahwin, sesuatu yang luar biasa kerana selalunya saudara mara dari kedua belah pihak, suami dan isteri akan berkumpul, berkunjung dan mengeratkan semula silatulrahim yang semakin renggang ( dek kesebukan urusan masing-masing)Ini lah ketika masing-masing akan buka 'pot' di penjuru khemah atau sudut rumah untuk mengenang semula dan berkenal mesra dengan cerita-cerita lama dan baru.......

Oh sungguh menyeronokkan ( forget about all those cholesterol things )

Saturday 6 June 2009

Makan kenduri.

Tengahari tadi ke majlis makan kenduri anak ke tiga pasangan guru; seorang pesara penolong kanan dan seorang guru besar. Seronok makan kenduri kawan-kawan sebegini kerana inilah ketikanya kita akan berjumpa dan bersosial dengan rakan-rakan yang dah lama kita tidak berjumpa,

Bagus juga menggunakan peluang ini untuk memanaskan semula persahabatan yang nak sejuk (sebab dah lama tak jumpa ) Jumpa pasangan dan keluarga masing-masing.

Esok ada lagi susunan jemputan yang perlu dihadiri, jika tidak makan pun cukup sekadar menghadiri sebagai tanda ingatan.

Oh ya!! Saya seronok menerima buah tangan pemberian tuan rumah ...... tanda terima kasih.

Khalass!

Akhirnya, penantian itu berakhir. Dah tahupun keputusan pemilihan......... Mmmm apo nak di kato? Udah itu pilihan mereka. Walupun hati kurang seronok, nak kato apo, redho je le....

Esok kalau dalam 3 tahun lagi sinarannya kurang menyerlah, dan sengatannya kurang berbisa... pencapaiannya tidak seberapa , tarikannya mengurang dan ada pulak mou baru ....jangan marah pada orang lain, tetapi salahkan diri sendiri , tangan sendiri yang menulis .... apa-apa je lah...

Sedih ni sebenarnya........

: ((

Friday 5 June 2009

Muktamar di Shah Alam

Oh! Amat teruja sekali seperti orang lain juga di negara ini ( yang minat politik le) untuk tahu siapakah bakal menerajui Parti ini. Siapa yang menang tanpa bertanding sudahpun diketahui cumanya jawatan paling hot masa kini....

Timbalan Presidennya.....ya... begitu panas sekali perebutan antara 3 calon ... kita tunggu dan lihat siapa pilihan jemaah... ( nak komen lebih-lebih nanti disalahanggap pula ) Kita tengok siapa yang kena. Ulama ka... professional ka.... siapakah pilihan hati mereka? Sabar .... sabar....




p.s Takkanle orang pakai baju petak-petak pun nak dijadikan isu. Biarle dia. Charismatic beb!

Thursday 4 June 2009

Muktamad

Ya, muktamad nampaknya kami dengan keputusan ini. Saya dan rakan sejawatan bersama membuat draf surat dan akhirnya ..... telahpun diperkenankan oleh ........

Makanya, bersiap-siaplah kami mengemas meja masing-masing dan bersiap sedia dengan meja yang baru. 30% sudahpun selesai dan lokasi baru telahpun dijumpai. Bermula esok rasanya, proses mengalihkan barang pun akan bermula....... Mmmmm akan bermulalah episod baru pulak....

Kesian kawan yang tinggal sorang tu... Semoga akan dapat kawan sekerja yang serasi juga...

Wednesday 3 June 2009

Hujah

Malam tadi saya berkesempatan menonton Hujah di TV9. Sebenarnya lebih teruja minggu lepas mahu menonton rancangan yang sama kerana panelis nya lebih menarik ( sepatutnya), tapi apa punya 'tur...' ( pinjam TT punya phrase") ada pulak yang tak datang.

Apapun jadi lah dengan rancangan malam tadi. Tetapi, alahai...... kesian mereka yang memilih salah seorang dari ahli panel tu menjadi wakil mereka.... Langsung tiada wibawa.. Tak buat homework ke hapa. Hujahnya tak ilmiah langsung...Kang kung habis. Banyak beremosi ... Mmmm .Tak match langsung dengan ahli panel yang lagi satu. ( Okay, saya tidak mahu mengulas isu yang dibincangkan, cukuple apa yang mereka telah katakan.)

Cuma , saya rasa agak terkilan , ini kah mentaliti YB-YB yang kita ada. Hampeh. Kalau sudah tahu nak cakap depan public ( eh live tau .... yang tonton rancangan ni bukan orang-orang yang gebang kat kedai kopi, tetapi rancangan berat macam ni mestilah orang yang suka pada isu yang serius, ingat penonton punya mentaliti macam 50 tahun dulu lagi ke ?) makanya buatlah homework sikit, buat preparation. Ini tidak. Lain yang ditanya ,lain pulak yang dijawabnya.Kalau ikut skema memeriksa kertas peperiksaan, off tangent ni, atau pun banyak irrelevancies. Pengantara pun nampaknya menyoal macam cuba nak cover supaya jangan bagi malu aje

Eh,eh,eh... cobaan..... nasible orang-orang kat kawasan.......... Kesiannnn...

Tuesday 2 June 2009

Membuat Pilihan



Membuat pilihan bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika pilihan dan keputusan yang perlu dibuat akan melibatkan masa depan dan kedudukan ekonomi. Sememangnya ianya sesuatu yang sukar dan memerlukan timbang-tara yang bijaksana. Setiap aspek perlu diambil-kira, kebaikan dan keburukan setiap pilihan perlu di lihat secara bijaksana.

Alahai... inilah yang menghantui diri sekarang ini. Kedua-dua pilihan mempunyai potensinya sendiri dan sememangnya saya akan mendapat keuntungan tersendiri dengan setiap pilihan itu. Namun demikian, hati ini berat mengatakan bahawa menerima tawaran yang baru ini lebih menguntungkan kerana dalam jangka masa yang pendek ia menjanjikan pulangan yang lebih baik tetapi terpaksa kehilangan sesuatu. Dan jika saya menolak tawaran ini pula saya akan kekal dengan sedikit 'kuasa' yang ada tetapi kelak pasti juga sampai ke tahap yang sama.....

Nampaknya yang membezakanya ialah ..... sedikit kuasa.....

Kena tepuk dada tanya iman ni.... he..he...hee...

Monday 1 June 2009

Cuti.

Yeah! Baru rasa nak cuti. It's over, Alhamdulillah. Baru nak lega. Must organise myself. Sorting out all the jemputan kenduri kahwin... aduh banyaknye yang fall on the same date... kena decide ni..tetapi semuanya saudara, kenalan yang rapat belaka... pergi sahajalah nampaknya tak payah makan. Minum je pun cukuple.

Cuti ni juga memberi peluang untuk mengemas meja kerja...ha.hah.. nak tukar bilik dah. Jadi sangat perlu mengemas apa yang patut dan mula memindahkan barang.hu..hu..hu.