Tuesday 2 June 2009

Membuat Pilihan



Membuat pilihan bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi jika pilihan dan keputusan yang perlu dibuat akan melibatkan masa depan dan kedudukan ekonomi. Sememangnya ianya sesuatu yang sukar dan memerlukan timbang-tara yang bijaksana. Setiap aspek perlu diambil-kira, kebaikan dan keburukan setiap pilihan perlu di lihat secara bijaksana.

Alahai... inilah yang menghantui diri sekarang ini. Kedua-dua pilihan mempunyai potensinya sendiri dan sememangnya saya akan mendapat keuntungan tersendiri dengan setiap pilihan itu. Namun demikian, hati ini berat mengatakan bahawa menerima tawaran yang baru ini lebih menguntungkan kerana dalam jangka masa yang pendek ia menjanjikan pulangan yang lebih baik tetapi terpaksa kehilangan sesuatu. Dan jika saya menolak tawaran ini pula saya akan kekal dengan sedikit 'kuasa' yang ada tetapi kelak pasti juga sampai ke tahap yang sama.....

Nampaknya yang membezakanya ialah ..... sedikit kuasa.....

Kena tepuk dada tanya iman ni.... he..he...hee...

No comments: