Friday 12 June 2009

Jerebu Oh Jerebu

Jerebu oh berjerebu sehingga papan tanda di simpang tidak jelas.


Sekeliling berjerebu





Semalam kami ke Shah Alam. Jerebu di sepanjang perjalanan. Teruk betul kualiti udaranya. Panas sememangnya menggigit...... air-cond seolah tidak berfungsi je...

Gunung-ganang yang sepatutnya cantik dipandang di sepanjang perjalanan tidak kelihatan jelas. Hazy, dazy..... Teruk..teruk. Dan kelihatan pula di satu kawasan (lupa nama) ada berlaku pembakaran terbuka untuk menambah teruk keadaan yang sudah sedia buruk.

Malamnya, debu-debu berkenaan semakin turun ke bumi, maka penglihatan menjadi lagi teruk. Setiap tahun semenjak beberapa tahun ini masalah jerebu ini berterusan..... apakah usaha dan jalan yang boleh di ambil untuk mengurangkan masalah ini ?

Kereta oh kereta di Lembah Kelang aje kata Pengarah DOE tadi ada 3 juta... hah itu dah pasti penyumbang kepada masalah ini. Apa tindakan ?

Pembakaran terbuka , memang berlaku di mana-mana.... jadi... denda?... mereka tak takut pun.

Tanam pokok banyak-banyak.... Yang dah sedia tertanam pun banyak yang ditebang tanpa izin. Gunung-ganang, bukit bukau banyak yang dah gondol atas nama pembangunan dan rekreasi.... ( ye ke pon? atau sebab nak jadi kaya cepat ?) buat padang golf dan pusat pelancungan. ( berapa ramai yang datang nak main golf ? pelancung tempatan macamana? )

Alahai ........ inilah akibat apabila pemegang amanah tidak menjalankan amanah

No comments: