Wednesday 10 June 2009

English - a must pass..?

Belum selesai PPSMI dah datang cerita baru. Ada kaitan kot antara keduanya? Samada PPSMI akan diteruskan atau tidak , masih menunggu laporan lagi. Nah sekarang lontar pulak satu soalan lagi ,wajib lulus Bahasa Inggeris untuk lulus SPM?.

Apa ni ? Matematik dan Sains dah jahanam gara-gara PPSMI , lepas tu wajibkan pula lulus bahasa untuk kedua subjek tu (BI) Hai .... macam nak suruh budak-budak luar bandar bungkus aje.

Kalau ye pun nak laksanakan, buat lah dulu persediaan. Sediakan prasarana mencukupi. Tenaga pengajar yang cukup dan berlebih-lebih. Ini bukan setakat sekolah luar bandar yang tidak cukup guru , sekolah dalam kategori bandar pun tidak cukup guru BI yang terlatih. ( Yang terlatihpun belum tentu boleh jadi pengajar BI yang baik.) Guru-guru Sains dan Matematik pun masih ada lagi yang terhegeh-hegeh untuk menguasai BI. Nak buat satu ayat pun mereka ada yang berpeluh. Alahai......

Pelik dengan kementerian ini. Bermula dari pertengahan tahun 1980an hingga kini apa hala tujunya...entahlah. Yang boleh di banggakan kot ialah... wujud Falsafah Pendidikan Negara ( eh.. tak mahu tukar jadi Falsafah Pelajaran Negara ke ? ) yang lainnya , entahlah ... apa fokusnya ye ?...


ps. .... sambung cerita lain kali.

No comments: