Tuesday 16 June 2009

Kemana Mereka ye ??

Hari ke dua memasuki kelas 6 rendah 2. Kemana ramai mereka menghilang..? Pelik betul tahun ini. Kemerosotan bilangan pelajar nyata sekali. Dari awal pendaftaran lagi rasanya bilangan mereka kurang dari tahun sebelumnya. Yang dah ditawarkan pulak ada yang terlibat dengan PLKN dan dah masukpun ada yang kena pegi juga....

Kalau dilihat rata-rata mereka akan lari dari terus memasuki T6. Apa kes? Sekolah-sekolah berhampiran juga mengalami suasana yang sama. Bilangan pelajar enam rendahnya semakin merosot. Ada tidak sesiapa membuat kajian? Ada yang sudah masuk separuh jalan akan keluar untuk masuk kursus yang akan menjamin pekerjaan seperti kursus nursing, MA dan banyak lagi.

Kementerian mahu menjenamakan semula T6 bagi menarik lebih ramai masuk, namun tawaran dari institusi lain pun nampak lebih menarik. Jika pelajar keluar dari T6 selepas 2 tahun dengan sijil STPM, Politeknik pula meraih minat dengan 3 tahun pelbagai diploma di samping punya kemahiran. Begitu juga dengan kolej-kolej swasta lain. UiTM juga berjaya menarik ramai pelajar cemerlang dan sederhana dengan tawaran diplomanya untuk 3 tahun.

Eh, ada banyak lagilah. Masalahnya apakah faktor penolak bagi T6. Antaranya ??? kena pakai unifom, kena kawalan disiplin macam budak sekolah, jadual padat, lama sangat belajar baru exam,dah tamat belum tentu dapat masuk U, banyak sangat nak dipelajari ???.... dan bermacam-macam lagi le. Betul tak Joshua ?

No comments: