Monday 8 June 2009

Musim nikah kahwin

Weekend yang panas dan sebuk. Berkenduri ke sana dan ke sini . Cuaca yang panas terik. Makan kenduri dengan lauk pauk yang menyelerakan. Nasi minyak , rendang daging, kari yang sedap, segala macam hidangan yang enak dan pastinya ...... mmm proses penambahan kolesterol. Ya.. musim-musim begini tidak dapat tidak kolesterol akan bertambah, berat badan sudah tentu dan risiko pun meningkat.

Itu rutin sepanjang musim cuti sekolah. Musim kenduri nikah kahwin, musim berjumpa sanak saudara, ipar duai yang jarang-jarang berjumpa dan dapat dipertemukan semula. Sebenarnya, hari raya pun tidak dapat mempertemukan ramai saudara-mara dengan ahli-ahli keluarga yang jarang ditemui. Tetapi berlainan dengan majlis kenduri kahwin, sesuatu yang luar biasa kerana selalunya saudara mara dari kedua belah pihak, suami dan isteri akan berkumpul, berkunjung dan mengeratkan semula silatulrahim yang semakin renggang ( dek kesebukan urusan masing-masing)Ini lah ketika masing-masing akan buka 'pot' di penjuru khemah atau sudut rumah untuk mengenang semula dan berkenal mesra dengan cerita-cerita lama dan baru.......

Oh sungguh menyeronokkan ( forget about all those cholesterol things )

No comments: