Sunday 21 June 2009

Ijtima' Bulanan

Ijtima' Bulanan kelolaan At-Toif hari ini dengan sambungan kuliah yang dipetik dari Kitab Fiqh oleh Us Hj Saleh bin Hj Ahmad.

Sambungan kali ini Qaedah Furu' ;

1. 'Al-aslu buqou' ma ka na 'ala ma kaan.' - Asal masalah ialah kekalnya sesuatu perkara di atas keadaan yang asal.

Contohnya ; Jika seseorang yakin dengan wudu'nya dan bersembahyang dan kemudian datang syak akan hadas maka di kira wudu'nya. Kerana di ambil kira pada yang asalnya iaitu dia pada mulanya yakin tentang wudu' nya.

2. 'Al aslu al 'Adam - Asal pada perkara itu ialah tiada.

Contoh : Seseorang yang telah makan harta orang lain ( seperti makan kenduri tanpa diundang )kemudian menyatakan bahawa tuan rumah telah membenarkannya, tetapi telah dinafikan oleh tuan rumah maka, kenyataan tuan rumahlah yang perlu diterima kerana pada asalnya makan harta orang adalah haram.

Ada lagi... banyak contoh lain.

Ada peringatan lain lagi selain Kitab Fiqh, ada tazkirah tentang amalan wirid selepas solat yang sememangnya telah diamalkan dari zaman Nabi lagi. (Tidak perlu di pertikaikan - ada pula orang mempertikaikan) Maka teruskanlah.

No comments: