Tuesday 23 June 2009

1 Rejab

Oh, Esok bermula bulan Rejab yang mulia. Bulan Tuhan. Bila masuk Rejab kita akan menemui Isra' mikraj dan seterusnya berjumpa dengan Sya'baan dan selepas itu ahlan wa sahlan Ramadhan al Mubarak.

Banyak yang boleh dilakukan di bulan ini. Contohnya hanya dengan berpuasa 1 hari di bulan ini dan memnuhinya dengan amal ibadat, Allah menjanjikan keredhaanNya. Lebih banyak amalan yang dilakukan maka lebih baiklah balasannya. insyaallah.

Marilah sama-sama kita ingat-mengingati dan bersama-sama memperbaiki dan menambah amalan kita dalam mencari keredhaanNya.

No comments: