Saturday 6 June 2009

Makan kenduri.

Tengahari tadi ke majlis makan kenduri anak ke tiga pasangan guru; seorang pesara penolong kanan dan seorang guru besar. Seronok makan kenduri kawan-kawan sebegini kerana inilah ketikanya kita akan berjumpa dan bersosial dengan rakan-rakan yang dah lama kita tidak berjumpa,

Bagus juga menggunakan peluang ini untuk memanaskan semula persahabatan yang nak sejuk (sebab dah lama tak jumpa ) Jumpa pasangan dan keluarga masing-masing.

Esok ada lagi susunan jemputan yang perlu dihadiri, jika tidak makan pun cukup sekadar menghadiri sebagai tanda ingatan.

Oh ya!! Saya seronok menerima buah tangan pemberian tuan rumah ...... tanda terima kasih.

No comments: