Tuesday 19 April 2011

Cuti Mode

Hari ini hari cuti. So, switch on mode cuti......... Bahagia kalau selalu begini.



Sehari sahaja bercuti selepas ini boleh kata 24/7 le pulak. Nak kena pulun habis cepat sebab tak tahu apa pula yang menanti. Semoga diberi Allah kesihatan yang baik serta kekuatan minda dan juga fizikal. Insyaallah.




Saturday 16 April 2011

Sudah Selesai

Hari ini Ujian MUET Pertengahan Tahun telah pun selesai tengahari tadi. Mmmmm... semoga pelajar ku sekalian mampu menjawab dengan baik dan berjaya lulus dengan cemerlang. Apa yang diusahakan bermula dari Jun tahun lalu mendapat hasil yang membanggakan.

Semoga mereka semua berjaya dengan cemerlang......



Wednesday 13 April 2011

Kisdar- Kolej Islam Darul Ridzuan

Kami ke KISDAR pada 5 April yang lalu. Ada wacana ilmu di situ hari itu. Sangat mengujakan.

Penceramah jemputan, seorang tokoh falak negara; Ustaz Hanafiah Abdul Razak, Ketua Unit Falak Syarie', Jabatan Mufti Negeri Johor.

Tajuk wacana: Kejadian Gerhana dan Tsunami :Suatu Perbahasan Dari Sudut Ilmu Falak.

Di bawah disertakan gambar-gambar yang sempat diambil.

Di belakang sana Dewan Besar KISDAR

Perpustakaan KISDAR, di depan tu ada kolam dengan air pancut, tenang sekali. Antara bahan pameran yang terdapat diluar dewan kuliah, gerhana matahari Gambar planet-planet @ al khawakib. Gambar "Zuhailin" dengan cincinnya Antara pengunjung ...... Ustaz Hanafiah Abdul Razak, sangat 'alim dalam ilmu falak dan 'kelakor' orangnya.
Sebelum sesi bermula, duduk di tengah ialah Tuan Rektor KISDAR
Hadirin yang hadir sebelum majlis bermula, kerusi yang kosong akhirnya penuh.



Ada kaitan antara gempa bumi dan gerhana , samada bulan mahu pun matahari. Mereka saling berkait.
Apabila terlalu kerap berlaku gempa dan gerhana, 'perubahan ufuk' akan berlaku.

Kata Ustaz,bumi sedang mengalami proses perataan; gunung-ganang merata dan segala isi perut bumi sedang keluar .........gempa bumi.

Ilmuwan Islam telah lama dahulu mengkaji, antaranya Imam al-Idrisi, tokoh geografi yang wafat 850 tahun lalu.

Oh! ilmu mereka hebat sekali....menyeluruh,mengenai haiwan, tumbuhan, cakerawala, manusia. ( Ada 27 jenis awan di langit di dalam 3 lapisan antaranya ialah awan gempa yang akan muncul beberapa hari sebelum kejadian berlaku.... sebagai isyarat)

Segala petunjuk ada di dalam Al quran.