Thursday 11 June 2009

10 subjek je ?

Apa rasionalnya? Banyak sangatkah masalahnya? Sudah tidak cukup pemeriksa ke? Masalah jadual waktu ? Rasanya setakat ini belum pun ada yang gagal menduduki kertas yang dipilih sebab ada 'clash'. Jadi apakah punca sebenarnya ?

Masalah biasiswa..... sebab sudah terlalu ramai yang mendapat keputusan yang hebat-hebat. Apa pula puncanya yang menyebabkan terlalu ramai mampu mendapat keputusan yang maha hebat? Takkan tidak boleh agak kot ...

Seorang kawan berkata, pelajarnya yang sering ponteng sekolah , selalu tidur dalam kelas, bila ujian dan peperiksaan dalaman dilaksanakan tidak pernah lulus, nak dapat 20 markah pun payah untuk kertas sains terasnya....tiba-tiba boleh lulus kertas sains spmnya...... wow miracle sekali kan...

Hah! itulah jawapannya, mengapa terlalu ramai yang mampu mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak perlu fikir banyak lagi.....

Maka sesuatu perlu di buat , bukan menghadkan bilangan maksimum kertas yang boleh diambil ...... alahai........takkan nak ajar itik berenang kot ?

No comments: