Tuesday 28 June 2011

Salam Isra' Mi'raj

27 Rejab datang lagi. Setiap tahun pasti kita akan meluangkan masa untuk mengikuti kuliah bagi memperingati peristiwa besar ini.

Setiap tahun juga kita diperingatkan tentang kesedihan Nabi saw, selepas wafatnya isteri tercinta, tentang kecaman dan tentangan kafir Quraish dan bagaimana Allah menghilangkan kedukaan baginda dengan perjalanan malam yang maha hebat itu, untuk bertemuNYA dan seterusnya menerima ibadah solat yang yang 5.

Seringkali juga kita diberitahu mengenai apa yang Rasulullah saw nampak sepanjang perjalanan malam tersebut; orang yang menghantuk kepalanya kepada batu, perempuan yang digantung rambutnya, orang yang menggunting lidahnya dan banyak lagi. Semuanya dijelaskan kepada kita oleh Pak Ustaz mahupun Ustazah.

Namun, realitinya berapa peratuskah peringatan-peringatan tersebut yang benar-benar melekat di hati kita? Mungkin untuk beberapa hari atau minggu ia mampu bertahan tetapi lama-kelamaan ia akan beransur pudar dari ingatan , sehinggalah datang lagi 27 Rejab yang berikutnya.

Begitulah kita sebagai manusia, hakikatnya memang sentiasa lupa dan perlukan selalu kepada peringatan. Sesuai dengan panggilan kita sebagai 'an nas' yang lupa.

Maka firman Allah; " Demi masa. Sesungguh manusia itu sentiasa di dalam kerugian, kecuali mereka yang sentiasa beriman dan beramal soleh , dan yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan yang berpesan-pesan pada kesabaran" ( Al Asr )

Marilah kita sama-sama ingat-mengingati dan semoga kita tergolong dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran.
Insyaallah.




Sesungguhnya dunia ini hanyalah sementara, akhirat jugalah yang abadi. "Gah" di dunia hanyalah sementara ( itupun semasa kita hidup, bila dah tiada orang pastinya perlahan-lahan akan melupakan kita....)



No comments: