Friday 3 June 2011

Catatan cuti

Oh, agak lama juga tidak menulis. Diam tak diam sudah seminggu cuti sekolah. Day in day out, tinggal seminggu sahaja lagi cuti,begitu pantas sekali masa berlalu.

Ya, Rejab pun sudah sampai menemui kita. Selepas ini, Sya'aban pula akan menyusul dan pastinya Ramadhan yang berkat bakal tiba. Banyak amalan sunat yang boleh kita lakukan di bulan-bulan ini. Seeloknyalah kita menambahkan amalan sementelah masih lagi diberi Allah peluang untuk beribadat. Moga-moga kita diberi peluang oleh Allah untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun ini.

Di hari akhir persekolahan yang lalu kami kehilangan seorang ahli keluarga terdekat. Walaupun kabarnya beliau sudah hampir pulih, namun begitulah janji Allah. Tiada siapapun tahu bilakah detiknya kita akan dipanggil pergi. Sesungguhnya kami redha dengan pemergian itu. Terharu sekali melihat kedua-dua anak lelaki kami berada di liang cuba membantu apa yang patut. Semoga mereka mempelajari sesuatu dari semua itu dan sentiasa bersedia dengan tanggungjawab mereka.

Sememangnya kematian tidak dapat dielak. Setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi mati. Maka selagi masih bernafas berusahalah kita menambah amalan sebagai bekalan untuk dibawa pergi. Moga anak-anak yang kita tinggalkan adalah anak-anak yang soleh dan solehah yang sentiasa mendoakan kita.



Okaylah, agak syahdu sikit entri kali ini. I'll be more cheerful in the next entri.


Wassalam.





No comments: