Monday 29 August 2011

Malam-malam akhir Ramadhan

Ramadhan bakal meninggalkan kita dan berdoalah kita moga Allah mempertemukan kita lagi dengan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat ini di tahun hadapan, Insyaallah.

Memetik kata ustaz tadi, " Ustaz, nama saya Sya'aban, kawan saya namanya Ramadhan nak datang ke rumah ustaz. dia ada 2 anak; satu makrifah dan satu lagi rahmah.Cucunya saum,iftar, tarawih, qiam,tadarus dan sedeqah. Akan berada di rumah ustaz selama 30 hari dan pulang apabila eid tiba'. Oh, Cantik sekali.

Ramadhan sudah hampir pulang, bagaimanakah kita selepas melalui madrasah Ramadhan ini. Apakah ada perubahan atau masih di takuk lama? Kata Pak Ustaz, kenapa Allah meletakkan keampunan di separuh kedua bukan di awal Ramadhan, supaya kita istiqomah dalam ibadah kita sepanjang Ramadhan, dari permulaan hingga ke hujung, untuk mendapat pelepasan dari api neraka.Jika pengampunan berada di awal, masuk separuh kedua, mungkin surau dan masjid lengang kerana ramai yang berfikir telah pun mendapat keampunan.

Malangnya kita tidak mampu lari dari masalah keduniaan dan memberi pemberatan kepada hal-hal keduniaan di sepanjang Ramadhan ini. Bertambah malang pula bila kita terpaksa tanpa kerelaan untuk memberikan perhatian atas benda-benda ini. Yang memaksa ini, kita pun tak faham, tidakkah mereka tahu kelebihan Ramadhan.

Moga kita berpeluang untuk bertemu Ramadan lagi dan kita penuhi ia dengan perkara-perkara yang lebih bermanafaat. Baki Ramadhan yang ada ini kita isilah dengan sebaiknya. Insyaallah.



5 comments:

Libang Libu said...

miker beraya mana weh?

teman idak beraya di kuale tahun ni.

Panglima7 said...

Assalam. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Taqaballulah minna waminka. Semoga amalan kita diterima Allah hendaknya. aaminn. Kunjungan hormat dari Panglima7 di akhir puasa ini.

orangkampung said...

Libang Libu Salam idilfitri.
Teman beraya di kuale jer ater nak ke mane lagi yak?

orangkampung said...

Panglima 7, terima kasih atas kunjungan.salam idil fitri minal aidil wa faizin.

Werdah said...

Assalamu'alaikum ummuaimi

Selamat menyambut hari 'idul fitri.. semoga Allah terima amalan kita semua.. amiin