Wednesday, 23 September 2009

Dah 4 Syawal

Majlis jamuan hari raya di perjumpaan keluarga


Salam "Aidil Fitri.



Dah empat hari Syawal menjenguk. Jika Ramadhan bulan beribadat dan menahan diri dari makan dan minum , syawal pula sebaliknya. Musim makan-makan. Pergi saja ke mana-mana akan berjumpa pelbagai juadah membuka selera dan enak-enak serta mewah. Mmmm... macamlah 1 bulan Ramadham merupakan penyiksaan yang teramat sangat dan penyiksaan tanpa makanan di siang hari, sehingga tidak putus-putus juadah dan jamuan bermula dari 1 Syawal hinggalah nanti 30 Syawal.

Yours truly tidaklah begitu memberatkan sangat mengenai persiapan juadah ini. Apa yang ada sahajalah. Alhamdulillah setakat ini apa yang disediakan memang habis. Sementelah rumah pula sentiasa dikunjungi. Seronok sekali raya kali ini kerana saudara-mara tidak putus mengunjungi.

Apapun terasa juga ketiadaan Aimi yang pastinya banyak membantu di dapur dan menghabiskan makanan........ Mmmmm... rasanya di Mesirpun meriah juga. Makanan yang dimasak beramai-ramai pun sedap juga. Yours truly dah biasa dengan sambutan 'aidil fitri di rantauan ni. Bila fikirkan memang seronok berhari-raya bersama kawan-kawan dan sama-sama menyediakan juadah. lepas tu makan ramai-ramai.

Seronok....... lepas tu bergambar . Oh.... kenangan yang berharga sekali dan tidak mungkin berulang lagi.

2 comments:

insan pendidik said...

Salam,

Alhamdulillah. Hari raya ini dapat mendekatkan yang jauh dan mengeratkan ukhuwah islamiah.

ummuaimi said...

Salam. Benar. Kunjung-mengunjungi di antara sanak saudara dan sahabat mengeratkan silaturrahim.