Monday 9 March 2009

Hujung Minggu

Minggu ini , hujung minggunya panjang. Tidak banyak aktiviti tetapi ada kelegaan kerana boleh melupakan sejenak hal-hal kerja. Ada perjumpaan keluarga dan makan-makan. Sekali-sekala begini memang menyeronokkan.

Hujan yang turun menyejukkan suasana dan sekurang-kurangnya pokok-pokok di luar tidak perlu disiram. Hujan juga menyejukkan suasana ketika ini yang sentiasa panas dengan topik-topik terkini. Hujan juga membawa rahmat buat sekalian makhluk. Waktu hujan juga merupakan antara waktu afdal untuk berdoa.

Hujung minggu ini juga kami menambah ahli baru dalam keluarga, seekor anak kucing yang dijumpai merayau-rayau di tempat kerja. Semua ahli keluarga bersama melayan kerenah anak kucing ni. Nampaknya dia bernasib baik kerana mendapat layanan ekslusif sehinggakan setiap kali selepas dia melepas hajatnya, anak-anak akan sebuk membasuh kaki nya dan sebagainya. Kelakor!

Menonton ' 3 Abdul' di TV juga, memang meringankan kepala. Kelakor habis. Banyak sindiran bersahaja ; penasihat 5 persen , saudagar unta Husin Lempoyang yang 'Wow' dengan kata-kata, 'Dunia,dunia, berniaga manusia lebih untung dari berniaga unta', bapa mertua yang 'kalau marah kena jual' , 'khadam dan hamba tebusan' dan banyak lagi sindiran menarik P.Ramlee dalam cerita ni.

Apapun , esok keputusan STPM bakal keluar dan 2 hari selepas itu SPM pula. Mmm.... bagaimana ye? Kita bercadang untuk mula operasi minggu ni.....juga bagaimana ye...?

No comments: