Sunday 29 March 2009

Demam Pilihanraya

Mmmmm....... sudah selesai penamaan calon bagi 3 tempat yang berbeza. kita pun dah tahu siapa yang akan bertanding. Wah hebat Bukit Selambau. Sejarah betui ! Sampai 15 orang , apa punya kes ni? Rasanya mereka ni dah terlampau banyak sangat duit kot. apapun negara demokrasi, siapa pun jika layak boleh bertanding. Tetapi agak-agaklah, calon-calon tu mereka ukur tak kemampuan mereka ? Apa sebenarnya tujuan mereka bertanding ? Untuk kepentingan orang ramai ke untuk kepentingan perut sendiri? Rasa-rasa boleh agak dah.

Fening-fening kepala orang Bukit Selambau nak pilih , kunci ke, pokok ke, payung ke, mata ke, timbang kati ke, macam-macam lagi. Habis pecah lah undi nampaknya..... bijak- bijak strategi deme ye.

Apapun, minat dan tumpuan rasanya lebih condong untuk mengikuti perkembangan di Bukit Seguntang ooops Bukit Gantang. Nampak lebih meriah. Calon yang bertanding pun nampaknya lebih dikenali ketokohannya. Kalau semuanya berjalan lancar telus , amanah , bertanggungjawab , takut kepada Allah dan tiada jasad-jasad yang dibangunkan dari kubur, tiada nama yang dipindahkan di akhir-akhir waktu, tiada nama yang tiba-tiba hilang, macam dah tau je...

Tapi ada satu yang agak musykil le, itu trak polis, fru, dan khemah-khemah tu semua nak buat apa ? nak perang ke ? Teringat cerita X-Files kat TV kalau ada kes alien je, nampakle khemah putih macam tu dan kereta-kereta tentera dan polis...seram juga...Felik...felik.. Siapakah yang ditakuti itu ? Takut ke ? Berani kerana benar, takut kerana salah...tak gitu?

Whatever it is, kita tunggu kebijaksanaan orang-orang Bukit Gantang. Jangan nanti ayam terlepas tangan bau taik.....Gunakan peluang ini untuk kesejahteraan semua.....Insyaallah.

No comments: