Tuesday 31 March 2009

Yeah! Sports Day Again.


Gotong royong mendirikan khemah....



Sebuk nampak Baizid


Hah ... itu rangka khemah.

Hari ini dan semalam telah dijalankan raptai untuk Hari Sukan yang akan berlangsung Khamis ini 2 April 2.30 petang. Bagaimanapun tahun ini suasana agak berlainan sedikit berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Pertamanya, astaka yang sebelum ini ada di padang kini sudah tiada lagi, begitu juga khemah biasa untuk rumah sukan juga telah diruntuhkan. Akibatnya , penuhlah khemah-khemah segera di padang. Kami juga ada goal posts baru bagi hoki dan sekarang juga musim hujan dan ada ketikanya bila hujan terlalu lebat padang akan menakung air.



Latihan semalam ,air bertakung di padang.


Jadi atas beberapa sebab-sebab ini dan sebab-sebab lain trek telah mengecut , tinggal hanya 200 m sahaja dan tidak lagi 400m seperti sebelumnya. Perbarisan juga berubah dari kebiasaannya, kerana khemah tetamu sekarang berada di tengah-tengah padang. Jadi memang nampak lain apabila melihat peserta perbarisan melakukan lintas hormat. Mereka hanya mengambil jarak yang pendek untuk membuat pusingan lintas hormat. elok juga tu. Juruhebah kami nampak mantap tahun ni , syabas!!! trio baru .Minum air asam jawa banyak-banyak ye, sebelum khamis , he..he..he (bahagia teman dah tak payah duduk kat situ lagi )

Semua nampaknya berjalan lancar, semoga hari Khamis ni nanti cuaca baik dan tidak hujan serta segalanya beres dan teratur seperti dijadualkan. Insyaallah.

Rumah mana yang akan jadi johan ye ?

p.s Leceh betul, asyik-asyik nampak gambar jiran di seberang jalan...

No comments: