Sunday 1 March 2009

March

Hari ini sudah masuk bulan ke tiga tahun 2009 , bermakna semakin bertambah umur kita. Mungkin ada yang menyambut hari jadinya hari ini. Selamat hari jadilah. Semoga terus dalam peliharaan Allah.

Masa semakin laju berlari meninggalkan kita yang baru saja mahu mula berjalan kerana dirasakan tahun 2009 baru sahaja bermula. Sekolah pun baru sahaja rasanya dibuka, tetapi diam tak diam, tanpa di sedari kita sudah pun menghampiri cuti separuh penggal yang pertama. Ini bermakna peperiksaan @ ujian bakal dihadapi oleh pelajar dalam tempuh terdekat. Semak kembali apakah yang telah dilakukan, disumbangkan sepanjang dua bulan yang lalu. Rasa-rasanya tidak banyak yang dapat disampaikan. Namun saya agak puas hati juga kerana telah dapat melunasi beberapa tajuk yang perlu diberesi. Sekurang-kurangnya jika ada ujian yang perlu diduduki oleh pelajar, saya tidak rasa bersalah kerana mereka telah didedahkan dengan tajuk-tajuk tertentu.

Demikianlah waktu itu dilihat akan terus bergerak pantas tanpa menoleh kebelakang. Masa-masa yang telah berlalu pastinya tidak akan dapat diulang semula. Kita hanya mampu mengenang sahaja apa yang telah berlalu, samada yang pahit mahupun yang manis. Segala peristiwa lalu boleh dijadikan panduan dan 'Aqal yang dianugerahi Allah boleh membantu kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama dan membuat kita berhati-hati dalam tindakan.

Masalah nya ialah bagaimanakah semua ini dapat disampaikan dengan berkesan kepada golongan remaja lelaki yang hanya mampu berfikir mengenai keseronokan sahaja. Mereka gagal menginsafi faktor masa yang tidak pernah berhenti bergerak . Mereka juga tidak dapat berfikir mengenai masa akan datang. Mereka tidak dapat melihat diri mereka 10 tahun dari sekarang, Mereka tidak mampu berfikir untuk masa depan. Mereka hanya mampu melalui masa seadanya tanpa mahu bersusah-payah berfikir mengenainya. Hidup bagi mereka adalah apa yang ada di depan mata sahaja. Tidak perlu berfikir lebih daripada itu. Berseronok sementara masih mampu.

Apa yang mampu saya lakukan ialah cuba dan melaksanakan perintah dalam surah al-'Asr ia itu berpesan -pesan kepada kebaikan dan kebenaran. Semoga mereka dapat melihat dan hijab mereka terangkat. Insyaallah.

2 comments:

farahiyah said...

lega dah siap soalan ujian selaras ;P

orangkampung said...

Tahniah le Yong Zamrud. Pastikan skemanya pun dah siap juga ye...