Sunday, 15 March 2009

Hari Ahad

Pagi tadi di masjid, agak terlewat . Eh , mana pergi muslimah ni ...? Inilah akibatnya apabila tidak menepati waktu. Kita kehilangan kumpulan dan mencari kesana dan kesini , missed the announcement. Rupa-rupanya mereka berada di dewan satu lagi. Apapun di sebabkan sudah lambat, dewan sudah penuh dan akhirnya kita rasa lebih selesa mengikuti kuliah untuk kaum Adam.

Antara yang boleh dikongsi, beberapa perkara yang dengan mudah kita boleh buat untuk beroleh pahala ; memandang muka kedua ibu dan bapa ( kepada yang masih ada lagi) Pandang dengan kasih sayang. Melihat muka surat al-quran ( melihat sahaja dah dapat pahala , kalau baca makin bertambahlah ) Melihat kaabah. Semua ini tidak memerlukan aktiviti lasak. Guna mata aje. Nak tengok kaabah tu kena belanja sikit sebab nak kena pergi ke Mekah tetapi yang dua perkara itu sangat mudah dilakukan.

Di masjid tadi ada sekumpulan lebih kurang 40 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 Madrasah Idrisiah. Mereka ber tilawah al quran dan akan khatam bacaan dalam masa 4 hari yakni hari Isnin. Mereka bermula Hari Jumaat. Seronok melihat mereka. Memenuhi cuti dengan ibadat. Kalau ramai remaja kita begini alangkah baiknya. Insyaallah kita tidak bimbang dengan generasi akan datang,tetapi nampaknya lebih ramai yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia. Ada yang pada pukul 11 malam masih lagi melepak di kawasan taman di tengah bandar dan berhampiran taman yang ada jet tu...Anak siapalah agaknya....?

Usai kuliah di masjid, kami ke kedai makan sebentar, memborong makanan tengahari he...he..he.. Kemudian masuk 2 orang hamba Allah,( macam sepasang .......) seorang lelaki dan seorang lagi macam wanita, rambut paras bahu, ada make up sikit, kening berhias cantik, berseluar jeans, dan pakai T-shirt wanita serta berjaket. Macam kenal je..... Mereka minum di meja tepi dan saya asyik merenung mereka ( Menyampah ) dan rasanya si perempuan tu kurang selesa, cepat-cepat minum dan keluar. Rasanya dia kenal saya, sepertimana saya kenal dia.

Dah bertukar jantina rupanya (saya agaklah kot!!!! ) Dulu macam budak-budak lain kat Klipod tu, semuanya 'ibnu' tetapi dia ni dan jadi 'binti' pulak.
Dunia...dunia... dah nak sampai penghujung pun masih ramai lagi tertipu dengan fitnah mu.....

Semoga Allah jauhkan keturunanku dari benda-benda sebegini. Aminn....

2 comments:

imanshah said...

Di universti sekarang makin bertambah golongan yang cuba mengubah fitrah kejadian. Kerajaan dan pihak pentadbiran universiti tidak boleh tutup mata dengan senario ini. Belum lagi dicampur dengan golongan yang songsang nafsunya tapi tidak menunjukkan identiti sebenar.Benarlah dunia sudah akhir zaman.

ummuaimi said...

Saya setuju.Sebelum ke universiti mereka berjinak dahulu dengan suasana di sekolah dan seterusnya ke universiti. Malangnya pihak berwajib tidak melihat ini sebagai satu masalah besar, kerana ada banyak masalah lain yang mereka rasa lebih besar lagi sebab itu wujud AUKU. Semoga keluarga kita dihindari dari gejala ini.

Terima kasih kerana singgah.