Saturday 28 March 2009

Earth Hour 2009

Yeah! Kami sekeluarga bangga menjadi sebahagian dari kempen ini yang bermula dari 8.30 malam tadi hingga 9.30 malam apabila semua lampu dipadamkan. Kempen sempena sambutan Hari Bumi ini julung kalinya disertai oleh Malaysia, lalu tahun ini kitapun bersama-sama menyahut seruan demi kesejahteraan bumi ini. Tidak banyak yang disumbangkan tetapi apabila kita bersama mereka dari 88 buah negara lain dan di antara 50 juta penduduk dunia yang menyahut kempen kesedaran alam sekitar ini , ianya memang sesuatu yang membanggakan. Semoga kesedaran ini akan diteruskan di masa hadapan.

Selamatkan Bumi untuk generasi akan datang.

No comments: