Sunday, 18 November 2012

Kita bersama Gaza










Hari ke 5, serangan berterusan Israel ke atas bumi Palestin. Sangat biadap.Apa kah yang mampu kita buat dari sini? Saudara Islam kita di sana berterusan diserang dari segala arah, tindakan tidak bermaruah oleh regim zionist. Bagaimana kita di sini melihatnya? 

 Oh, semalam  dan hari juga ramai yang sangat bergembira dalam cahaya gemerlapan, lip-lap di sana sini, dedah situ, dedah sini atas nama seni ( entah ke hapa faedahnye pon?)bertepuk riang sakan menghabisi malam dengan bersuka-ria. Seketika mereka cuba membawa kesedaran tentang suasana di Gaza ( ikhlas ke pon?). Begitulah mereka hidup di dalam dunia mereka. Apa kisahkan sangat mereka di Gaza tu,yang penting kita kena popular , ye tak ? Nanti tak boleh cari makan pulak. Sungguh sangat tidak sensitif dengan kesedihan dan penderitaan mereka di sana.
 
 Saudara kita di sana diserang,ramai yang syahid pastinya. Anak-anak kecil juga dibedil ( supaya tiada kesinambungan perjuangan? ) Oh, apa kah yang mampu kita saudara seagama di sini lakukan? Terus bersuka ria bagai ( bagai artis2 itu ) macam tiada apa yang berlaku di luar sana. 

Sedih,sayu, simpati. Itulah yang termampu dikatakan. Hanya doa , Ya Allah! Berikan mereka, pejuang-pejuang Mu semangat untuk terus bangun berjuang,berikan mereka kemenangan dan hancurkan musuh Islam yang nyata itu sebagaimana telah Engkau lakukan terhadap tentera Abrahah. 

 Mari kita sama-sama boikot apa yang patut kita boikot. Say NO to McD dan banyak lagi produk lain yang menyokong zionist. Tengok bagaimana mereka mahu membeli jiwa kita dengan pemberian percuma muffin untuk sarapan esok.... adohai, kita lihat siapa yang terjual jiwanya...esok....





.

2 comments:

sasitharan alaiyeadzam said...

good post....tp knp diorang buat cam ni????????

Halimaton Ibrahim said...

Assalamualaikum Yong,
Terima kasih berkongsi info.
Errr ada order brooch Turki kan? Meh nama penuh dan address dan email akak at hellibra2@hotmail.com T kasih!