Thursday 31 December 2009

Bye Bye 2009

Hari ni hari terakhir 2009 dan esok mulalah Masihi 2010.
Mmmm banyak yang telah berlaku
dan hari ini pun........ di hari akhir 2009...
Apapun, lantakle apa yang telah berlaku kan
tunggu je apa pulak yang nak terjadi tahun depan.

Yang pasti umur makin bertambah
Yours truly pun tak kisah sangat fasal tarikh Masihi ni
kerana sebenarnya umur sudahpun bertambah pada 10 Muharam yang lalu.
Sahaja nak mengingatkan diri sendiri
bila umur dah bertambah bemakna semakin dekat
dengan kematian kita

Makanya perlu le banyak-banyak menginsafi diri
kena kurangkan aktiviti lagho ( jarang buat pun )
gandakan ibadah, buat kebaikan,
buat apa yang patut dibuat
dan macam-macam lagi yang baik-baik dan yang diredhai Allah.



p.s. Jangan lupa malam ni di awal pagi sama-sama kita tunggu gerhana bulan separa dan buat lah apa yang patut sebagai seorang Muslim.



No comments: