Saturday 26 December 2009

Ingat-mengingati.......

2009 semakin menuju ke penghujung. Pusingan 365 hari hampir tamat. Yes, apa yang telah ku buat, ku capai, ku atasi dan apa-apa lagi di sepanjang tahun? Ada pelbagai. Yang menarik ada , yang kurang menarik pun ada. Yang mencabar pun banyak juga.

Apapun bolehlah dijenguk-jenguk apa yang telah ditinggalkan tetapi yang penting apa yang akan datang. Yang telah ditinggalkan boleh digunakan sebagai pengajaran serta sempadan. Yet we are still not sure of what coming next. Mmmmm....

Peringatan yang sangat berguna dari Ustaz, " Jangan terlalu ghairah dengan benda yang akan ditinggalkan tetapi perlu ingat dan berusaha memperbanyakkan benda yang mahu dibawa pergi"

Ramai kita berlumba-lumba memperbanyakkan dan mempertingkatkan serta berusaha untuk benda-benda yang akan ditinggalkan ( Baguslah jika ia dapat membantu untuk urusan hari kemudian) Manakala sering lupa mengenai bekalan yang hendak dibawa pergi.

Kerana itu kita lihat ramai menghabiskan masa mencari harta, kekayaan, pangkat dan sebagainya melebihi urusan menyediakan bekalan untuk dibawa pulang nanti ( termasuklah juga yours truly, Hhmmm......)

Maka, sempena Tahun Hijriah yang baru bermula ini dan Masihi yang akan sampai tak lama lagi mari kita bersama melipat-gandakan usaha untuk menyediakan bekalan untuk dibawa pergi manakala kalau sudah cukup benda yang hendak ditinggalkan, " Bersyukurlah" dan berpada kerana dibimbangi akan menjadi masalah pula nanti.



No comments: