Monday, 5 January 2009

Sedar-sedarkan


SELAMATKAN IJN SELAMATKAN IJN

Hari ni saya mahu bersama untuk kempen menyelamatkan IJN. Memang bahaya langkah ni ? (Ye Ke ? )

Saya melihat 5 atau 10 tahun akan datang,bagaimana kalau institusi ini tetap diswastakan , bagaimana nanti anak cucu, saudara -mara saya yang tidak ada kemampuan mahu mendapatkan rawatan. Bagaimana nanti keluarga ipar duai, sebelah sini dan sana yang datang dari ceruk kampung , yang tidak punya kewangan yang kukuh,mahu mendapatkan khidmat rawatan. Mampukah mereka. Akan di layankah? Bila dah jadi milik konglomorat, korporat ( Keparat) alamat tinggal angan-anganlah. Saya cukup bimbang nasib warga emas, yang tidak emas , yang tidak punya harta yang tidak punya kabel besar, bakal bermimpi sahajalah.

Eh, saya bukan berfikiran negatif tetapi realitinya berlaku sekarang. Pergi sahaja ke rumah sakit biasa untuk mendapatkan rawatan. Bandingkan layanan yang kita dapat apabila diketahui kita ini adalah ' so and so' , ada kerja, gaji besar, kumpulan A. Kemudian tengok pula layanan mereka kepada pakcik makcik kampung, yang pakai selipar jepun, bawa beg plastik bising ,berpakaian lusuh datang sorang-sorang , dibiar menunggu berjam-jam , cakap pun kasar. Dah banyak kali dah berlaku, dan rasanya ada di mana-mana.

Hah, itu yang milik public, bagaimana nanti kalau IJN tu diserahmilik ke pihak yang pastinya sentiasa mencari laba...Peringkat awal katalah kita akan beri peluang, layanan sama, tidak akan kenakan bayaran melampau dll tetapi apabila sudah pindah milik , jika mahu dapatkan rawatan mesti ada sejumlah berikut.........Kasihannya , apalah malang nasib kita ye.....

Doaku semoga hak rakyat tetap menjadi milik rakyat. Aduhai, orang kat atas tu ..pandang-pandanglah ke bumi oi. Jangan ingat kita kat atas nampak orang kat bawah kecil, kita rasa besar sangat. Boleh buat apa saja. Sedo le sikit orang kat bawah pun nampak awak kecik juga. Hanya Allah sahaja yang Maha Besar. Kalau niat anda jahat , semoga Allah balas kejahatan kamu di dunia lagi.

4 comments:

DaNaSh said...

betui tu ..betui..hidup kak s..tertindas di negara sendiri, terseksa oleh bangsa sendiri..

citra alam said...

Idea itu datang dari orang-orang yang berfikiran 2D , dunia dan duit . Mereka nak tongkat dunia dan nak tidur atas duit .

DaNaSh said...

kak s, i'm asking your permission to copy and paste the sign at my place...dah posted pun..keh..keh..keh

ummuaimi said...

Sila-silakan.I pun dapat dari blog lain and they asked us to make full of it