Thursday 15 January 2009

As samawat



Subhanallah! Di luar sana langit sungguh terang, cerah dan indah sekali. Allahuakbar,

Yang kita nampak dengan mata kasar hanyalah bintang-bintang yang biasa kelihatan. Yang 'alim dengan ilmu falak pasti kenal semua buruj itu dan tahu nama bintang dan planet yang boleh dilihat . Malang bagi saya masih lagi teraba-raba dan yang saya pasti hanyalah si 'Orion'.

Tadi saya berkesempatan mengenali dan melihat '7 sisters' dan memang mengasyikkan melihat kerlipan bintang-bintang ini di angkasa. Menggunakan alat kita akan dapat lihat sebenarnya ada banyak lagi yang ada di langit sana yang kita tidak mampu lihat dengan mata kasar.

Sememangnya keajaiban alam 'samawwat' tidak terjangkau oleh daya akli manusia. Apa yang tidak jelas dengan mata kasar akan menjadi lebih jelas lagi dengan bantuan alat canggih terkini, samada telescope, refractor mahupun dari balai cerapan angkasa . Yang pasti apa yang kita nampak itu baru lapisan langit yang pertama. Berbillion,trillion cakerawala yang berganda-ganda besar saiz nya dari matahari ada di luar sana. Bumi ini umpama debu kot saiznya dan bagaimana pula dengan kita?

Kalau dalam lapisan pertama sudah begitu, bagaimana lapisan ke dua, ketiga dan seterusnya... Maha Besar Allah Yang Maha Mengetahui betapa luasnya alam ini.

Kemudian cuba kita fikir pula perjalanan Rasulullah saw di satu malam di Bulan Rejab melepasi ketujuh lapisan langit tersebut.

Aduhai, amat lemah iman ini , tidak terjangkau oleh daya aqal yang ada. Namun seperti Saidina Abu Bakar as-siddiq beliau terus sahaja membenarkan peristiwa isra' dan mi'raj itu tanpa soal apabila ditanya oleh orang yang cuba mempertikaikan kebenaran perjalanan itu. ( Beliau mendapat gelaran as-siddiq kerana peristiwa ini) Kita perlu meyakininya. Sememangnya dengan aqal ia seperti mustahil tetapi Allah Maha Berkuasa.

Subhanallah Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi.

No comments: