Saturday 10 January 2009

Al-Baqarah ayat 35-36

Allah telah memerintahkan Adam dan 'zaujun'nya ( isteri), Hawa tinggal di syurga dan makanlah dari apa yang ada di syurga sepuas-puasnya kecuali akan sebatang pokok. ( Pokok quldi yang dijadikan oleh iblis dengan tujuan untuk menyesatkan mereka berdua.)

Seperti yang kita ketahui, Hawa telah terjebak oleh hasutan iblis dan termakan buah tersebut. Adam telah memarahi Hawa kerana melanggar perintah Allah, dan diminta memohon ampun. Kata Pak Ustaz, Hawa kemudian telah berjaya memujuk Adam untuk memakan buah tersebut.(kemampuan wanita memujuk dan betapa sayangnya Adam kepada Hawa, berkorban walaupun tahu akan kemurkaan Allah menanti)

Lalu ketiga-tiganya (Adam, Hawa dan iblis ) di perintahkan turun ke bumi. Adam di Sri Lanka, Hawa di Jeddah dan iblis ke dalam laut.... Bermuda............. ( Orang tua-tua kata dalam air ada hantu/ syaitan, orang buang hantu hanyut ke laut.... semua tu sama species nya )

Akhirnya selepas 40 tahun , (ada yang kata 100 tahun ) dalam keadaan menangis dan memanggil-manggil nama Adam..... Hawa....... mereka ditemukan semula di Jabbal Rahmah. Makkah.

Yang perlu diingat, semasa keduanya diperintah turun ke bumi Allah telahpun menerima taubat keduanya seperti diterangkan dalam ayat 37 seterusnya. Mudah di faham dan di terima.

Ini sangat berbeza dengan pendapat kristian yang mengatakan Adam turun dalam keadaan menanggung dosa. Sehingga perlu ditebus dengan menyalibkan 'jesus', anak tuhan? What a complicated belief.

Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Maha Tahu akan segala ciptaan Nya dan rahsia kejadian dan peristiwa. Wallahualam.

1 comment:

me and i said...

a deranged idea from twisted minds