Saturday 10 April 2010

Double standard,Triple standard??

Biasa kita dengar berbagai istilah yang mengasingkan kasta manusia seperti 'double standard', 'antara dua darjat' atau pun 'enggang sama enggang,pipit sama pipit'.

Hari ini rasanya 'double standard' atau 'antara dua darjat' itu sudah melepasi waktunya, kerana manusia sudah tidak lagi terhad dengan dua golongan sahaja. Kini telah wujud banyak kasta baru yang berjenama baru. Manusia tidak lagi dilihat atau dikelompokkan mengikut kasta tradisi bawaan keturunan seperti yang telah difilemkan oleh P.Ramlee.

Hari ini telah berlaku 'triple standard' atau mungkin lebih dari itu. Oh!! kita menyaksikan dan mengalaminya sendiri. Ia ada di mana-mana. Perhatikan. Ia berlaku dalam apa saja suasana. Dalam majlis kecil mahu pun majlis besar, majlis sosial, majlis rasmi, ada majlis, tiada majlis, di mana sahaja, bila-bila masa.

Kasta yang paling atas pastinya akan mendapat layanan yang lebih baik dari kasta yang di bawahnya, dan proses ini berterusan sehinggalah ke tahap paling bawah yang akan mendapat seminima mungkin.

Inilah realiti manusia pada hari ini yang dengan relanya mewujudkan kasta itu sedangkan apakah dasar kepada wujudnya kasta itu? Perlukah kasta itu wujud? Kenapa ia perlu wujud? Adakah ia sesuatu yang wajib? Apakah jika kasta itu tiada masyarakat akan menjadi huru-hara, hilang kewibawaan atau mereka akan menjadi seperti manusia di zaman jahiliah?
Ooooooo....???

Yang mengamalkanya pula?? Bagaimana mahu menjawabnya nanti??


*Mungkin mereka lalai atau pun lupa bahawa yang di menentukan kelas manusia ialah amalan dan taqwanya. Itu sahaja.




No comments: