Tuesday 6 April 2010

Usrah

Alhamdulillah, dah lama dah tak buat aktiviti ni. Hari ni kami berjaya melaksanakannya lagi walaupun seketika.

Menanti waktu prep yang terluang , seorang sahabat memulakan topik untuk peringatan mengenai hari qiamat. Waduh, berat topik ni kan...

Apapun kami sama-sama saling ingat -mengingati akan kelemahan diri dan berusaha membaiki dan mempertingkatkan amalan. Ingat-memgingati mengenai kejadian pada hari di mana manusia akan jadi nafsu-nafsi. Sehingga anak dalam kandungan pun tidak akan difikirkan lagi. Mengingati kuliah Pak Ustaz yang menerangkan manusia akan bertempiaran lari cuba menyelamatkan diri. Aduhai!

Bersediakah kita? Teringat Pak Ustaz berkata dalam kuliahnya, "ada antara kita pada malam ini yang berkemungkinan sempat menyaksikan @ mengalami kiamat itu" Oh! tidak lama lagi itu...

Allahuakbar!! Maha Suci Zat Yang menjadi sekalian alam, lindungilah kami sekalian dari fitnah dunia dan akhirat dan jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang sentiasa bertaqwa. Semoga kami istiqamah dalam ibadat dan perjuangan kami mencari keredhaanMU. Ameen.




No comments: