Thursday 19 February 2009

Nama@ Gelaran

" What's in a name? That which we call a rose
By any other name would smell as sweet "

kata Shakespeare melalui 'Juliet' dalam ' Romeo and Juliet '. A name is just an artificial and meaningless convention.

Hadith Rasulullah SAW " Diantara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan sianak apabila mereka ingin berkahwin".

Nama yang baik dan apabila sering dipanggil adalah merupakan doa buat anak itu.

Bagaimana pula dengan gelaran-gelaran yang diwujudkan bagi menunjukkan kebesaran dan kemuliaan ? Ramai di kalangan yang dianugerahkan dengan gelaran ini cukup sensitif jika kita tidak panggil mereka dengan gelaran mereka.

Ada satu cerita, kisah Mak datin yang sudah kehilangan kuasa...... ( dulu dizaman 'datuk' berkuasa bukan main hebatle )telah dipanggil dengan gelaran biasa-biasa , seperti 'kak' ataupun 'makcik' (oleh budak-budak yang nak beli kuih atau cikgu yang nak bayar harga makanan di kantin ) telah melenting dan mengingatkan pemanggil , 'bukan makcik, saya datin lah'.....he..he...he.... dunia...dunia.... Ironinya. besok masa malaikat tanya kat dalam kubur, dia tak panggilpun, 'Datin ...., siapa tuhan kamu? '

Hmmm. alahai..dunia..dunia..

1 comment:

Citera Alam said...

Dia terlupa kehidupan ini serba sementara termasuklah gelaran yang hangatnya pada waktu tertentu sahaja , waktu lain gelaran itu tidak diendah oleh orang .