Sunday, 8 February 2009

Melayu- sambungan

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditankkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu ?
jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran,
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka.



Sudi-sudikan menganalisis pandangan Pak Usman ini, sarat dengan mesej.

3 comments:

Citra Alam said...

Ummuaimi, rangkap akhir itu patut dibudayakan / dididik kepada bangsa Melayu sekarang , dengan meletakkan agama dan ilmu di tempat yang tinggi supaya betul-betul bijaksana dan sentiasa mempraktikkan kebijaksanaan dalam kehidupan .

DaNaSh said...

kak s, saya banyak nak ngomel..tapi saya bukan melayu pada bangsa..hanya pada nama..orang melayu ni selalu ingat islam tu hak milik mereka..diperturunkan oleh datuk nenek zaman berzaman, so why nak susah2..melayu kan dah islam..kat situ silapnye..cermin diri balik, islam bukan terletak pada bangsa..hadith and quran tak sebut wahai orang2 melayu, wahai orang islam pun idak....wahai orang2 BERIMAN tercatat..iman bukan pada bangsa, itu pun orang melayu tak nampak lagi...ikut balik apa yang islam ajar, so baru bangsa melayu boleh bangkit semula..kalu tidak ...peh...habok aje.
tak yah cite pasal kepentigan ilmu pengetahuan, tak yah cite pasal kepentingan math and science..balik kepada islam yang lain akan ditanggung beres..

sorry kat s, tadi baru membebel kat blog arman pasei jews and islam, la ni g blog kak s, pasei melayu lak...pissed of everywhere..need to cool myself la..nanti meletup.

ummuaimi said...

Citra Alam I agree with you.

DaNaSh, No harm done. voice out. U r right. Islam should be the first for it is universal. perjuangan bangsa tidak ada nilai di sisi Allah.