Sunday, 15 February 2009

Photos this week


Rumah tinggalan Allahyarham Dato. Prof. Dr. Zulkifli Muhammad ,Timb.YDP Agung PAS yang meninggal dunia bersama isterinya selepas terlibat dalam kemalangan jalanraya selepas memenangi pilihanraya 1964 Parlimen Bachok. ( 150 m dari rumah saya)


Pokok getah tertua di Malaysia berhampiran Pejabat Tanah Daerah Kuala Kangsar. Itu sahaja yang tinggal nampaknya, selepas satu daripada dahannya patah Ramadhan yang lalu.


Jalan Tun Abdul Razak hadapan Masjid Ridzwaniah dan MCKK


Blok A Sekolah Clifford dari sudut sebelah kiri padang. Bangunan di padang itu ialah hospital pertama Kuala kangsar .Dah jadi bahan warisan.

Masjid Ubudiah Bukit Chandan pada waktu malam, diambil semasa menziarahi Aiman di Madrasah Idrisiah



Antara classmates kelas pengajian malam di PAKAT - Badan Khidmat Masyarakat At Toif Kota Lama Kiri.


PAKAT - pusat pengajian agama dan aktiviti kemasyarakatan Kota Lama Kiri, terdiri hasil dari sumbangan orang ramai yang melabur untuk akhirat. Ada pengajian pagi dan malam. ( Opposite my house )
Ibu ayam dan anak ayam kepunyaan jiran yang menumpang bertelur dan menetas di bawah rumah. Cute nya...

2 comments:

DaNaSh said...

PAKAT...an excellent idea..orang kampung punya or ada organisasi lain yang mentadbir???

ummuaimi said...

Kind os NGO le. Runs by an Ustaz ( my cousin ) and ada board of committee yang terdiri dari beberapa orang kampung and indidviduals ( retired civil servants).Collections dari seluruh negara sampai Brunei.I pun involve kat situ.