Sunday 1 February 2009

Solat

Menurut Al-Quran sesungguhnya Solat itu amat berat kecuali bagi orang yang sabar . Dalam surah al- Baqarah ayat 45 di nyatakan, 'Dan minta pertolonganlah oleh kamu dengan sabar dan solat dan bahawasanya dia ( yakni solat)sesungguhnya besar ( Kabiro)yakni berat, melainkan atas orang-orang yang kyusu' ( al khosyi'in).

Menurut kata Pak Ustaz, Allah dahulukan sabar dalam ayat ini selepas itu baru solat kerana hanya orang-orang yang sabar dapat benar-benar mendirikan solat. Kalau orang yang kurang sabar , ketika solatnya hatinya akan membuat perjalanan kemerata tempat dan selalunya sedar semula apabila memberi salam.

Sesungguhnya kata Pak Ustaz lagi solat itu amat berat kecuali bagi mereka yang sabar dan mereka akan dapat mendirikan solat tepat pada waktunya. Mereka yang sabar akan mampu untuk bangun setiap malam dan menyerah dirinya kepada Allah.

Saya sendiri merasakan solat itu amat berat sekali. Untuk dapat melakukan solat pada masa masuk waktunya amat jarang kecuali apabila pergi berjamaah di masjid. Tambah lagi untuk bangun setiap malam. Kata Pak Ustaz buat jadual dan tick yang dibuat dan cross yang tak buat,cth. sunat qabliah,ba'diah,tahajjud dll. Yours truly rasanya banyak pangkah dari 'right'.

Katanya lagi, sebenarnya menurut ulama semasa solat itu umpama kita masuk ke alam akhirat dan kita bercakap-cakap dengan Allah. Selesai solat kita kembali ke alam dunia. Maka di sebabkan itulah sebelum solat kita selesaikan dulu hal-hal dunia seperti ke tandas, makan dan sebagainya.

Mmmm.. banyak lagi tentang solat ini . Saya ingin mengingatkan diri ini supaya sentiasa memperbaiki solat setiap hari dan menghadirkan diri di dalam solat. Semoga solat kita di terima oleh Allah. Ameen.

No comments: