Friday, 6 February 2009

Salah teka

Posting saya pada 30 Januari yang lalu nampaknya kurang tepat. Saya menjangkakan pada 14 Februari nanti akan penuh sesak pekan Kuala Kangsar ini kerana sambutan Jubli Perak. Rupa-rupanya sesak yang teramat sehingga menyusahkan penduduk setempat bergerak berlaku lebih awal seminggu. Penduduk telah dinafikan perjalanan seperti biasa oleh polis , polis topi merah dan ramai lagi pasukan beruniform atas sebab apa entah ?Sesak jalan raya oleh mereka.


Eh orang nak balik rumah pun tak boleh ke? Kesian seorang kawan tu, terperangkap di tempat kerja sebab tak dapat balik kerumah sebab dihalang dari melalui jalan biasa. Sampai dekat pukul 5. Eh, apa ni? negara apa ni ? Kalau apa-apa berlaku kat rumah dia, kat ahli keluarga dia siapa nak bertangungjawab? Polis tu ke? Pukul orang boleh le. Nyesak aje.


Eh , kita bertamadun le. Bukan tak tahu apa-apa. Masalahnya, tak kan orang solat Jumaat pun kena kepung? Pelik betul. Kesian bebudak Idrisiah tu yang tak pasal-pasal kena. Mereka kan solat Jumaat kat masjid tu, lepas tu menyeberang balik ke sekolah , apa mereka pun kena juga ke. Gila. Apa ke jadahnya?

" When the going gets tough;
The tough get going,
When the going gets rough,
The tough get rough "

Salute !

2 comments:

DaNaSh said...

gambar budak kat malaysia kini tu budak idrisiah ke...baju melayu putih sampin hijau..baju mcm sekolah agama petang kat sini...keciannye..

ummuaimi said...

Ye.The Madrasah is just across the masjid.Apa ke he nye? Orang solat Jumaat *****g tu tak sembahyang. panggilan siapa lebih besar?