Monday 29 September 2008

'Idil Fitri 1429 Hijrah

Syawal Melambai dan Ramadhan mengundur diri.
Bagaimana ibadat sepanjang Ramadhan, adakah lebih baik dari yang lalu, atau sama sahaja atau lebih teruk dari Ramadhan yang lalu? Saya perlu muhasabah diri dan mengharapkan semoga Allah menerima segala ibadah yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan yang lalu.
Imam hafiz tarawih kami yang berasal dari Pattani ,Thailand baru saja menamatkan sessinya dengan menghabiskan 30 juzuk al-Quran sepanjang tarawih malam semalam dan akan pulang ke kampung mereka dan seterusnya menyambung pengajian mereka.
Bacaan mereka syahdu sekali , sesekali terdengar seperti bacaan imam di Masjidil Haram seperti yang di tonton di TV.
Hidayah Allah bagi mereka, dalam usia yang muda sudah hafiz, sungguh mengkagumkan. kita nak hafal Surah as-Sajadah saja pun tak tahu bila.Bersih dan terang hati mereka.Semoga mereka sentiasa dalam peliharaan Allah.

Oh, I really hate this bunyi mercun and meriam buluh. Kat kampung ni tahun ni nampaknya taklah bising sangat, berbanding tahun lalu,tapi tetap kedengaran mercun bola dan meriam buluh tu berbunyi . Boleh sakit telinga dibuatnya.Nowadays they don't use buluh anymore, they use pipe besi.Nearby ada tempat pam pasir sungai ,so they use pipe yang menyedut pasir tu. Imaginelah kuatnya.I just wonder apake seronoknya dengar bunyi meletup tu?

Well ,this Raya just stay put , no intention of going anywhere, no long distance travelling , my girl is sitting for her SPM and the homework given by the teachers are tonnes.Tak pa. No raya for her now but she has 3 months to jolly katak later.
I'll be waiting for my students to turn up, I told them nak duit raya datang rumah.

Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

No comments: