Monday 3 November 2008

Yang saya nampak

Well, it's been quite sometime since my last posting. macam-macam dah berlaku. Di sini, di sana dan di mana-mana. Yang baik, yang buruk dan bermacam lagi.
I attended a kenduri kahwin somewhere in Teluk Intan last week with my family. Sepanjang perjalanan yang dilalui ada kampung yang masih ditenggelami air , kesian. Selepas 51 tahun merdeka, masalah perparitan masih lagi menghantui rakyat jelata. kampung-kampung tersebut memang sudah dikenalpasti kawasan rendah dan mudah di tenggelami air. Tak nampakpun parit di tepi jalan yang dilebarkan mahu pun di dalamkan. I used to see kampung sebegini di sebelah utara dalam perjalanan ke Pulau Pinang di tahun-tahun 80an dan 90an yang sentiasa tenggelam apabila berlaku hujan lebat. Tetapi selepas usaha melebarkan parit serta mendalamkannya dilaksanakan, kampung tersebut dilihat bebas banjir.
Kampung yang tenggelam ni penduduknya perlu lebih terbuka minda dan usahakan sesuatu untuk membuka mata pihak berwajib nampaknya. Kesian , ada orang dah melancong ke angkasa lepas tapi ramai lagi masih menderita setiap kali hujan lebat berlaku.
Agaknya, kalau wang yang dibelanjakan untuk menghantar seorang rakyat "terpilih" ke angkasa untuk hanya memakai baju batik dan membuat teh tarik or main bola or......... di gunakan untuk membina tembok tinggi dan mendalamkan parit dan membetulkan sistem perparitan di sepanjang jalan menuju Teluk Intan rasanya semasa musim hujan yang baru berlalu ni , kampung-kampung tersebut terselamat dari ditenggelami air.
Alahai, demikianlah nasib kampung. yang tetap maju bandar, kat Pulau Pinang pulak ( saya pergi kelmarin ) nampaknya sampai dah tak cukup tanah, habis bukit kena tarah, tak cukup bukit, laut dah kena tambak, buat rumah besar-besar nampaknya. hai, yang pasti nasib orang kampung takkan merasa memilikinya.
Kat kampung saya ni, biasaje. kalau hujan lebatpun setakat ini belum ada yang banjir teruk. Dulu ada satu atau dua rumah di masuki air kerana masalah perparitan tetapi apabila parit didalamkam masalah selesai.
Alahai.... salah siapa yek....

No comments: