Saturday 15 May 2010

Ustaz Ashaari dan al Arqam ... al- Fatihah

Agak terlambat mengetahui berita pemergian Ustaz Ashaari, sehari terlewat, gara-gara terlalu sebuk dengan pen merah dan pen hijau. Al- Fatihah baginya.

Banyak yang ingin ditulis mengenai Ustaz ni, tapi rasanya cukup jika yours truly katakan bahawa beliau memang seorang yang hebat. Pengaruhnya luas dan wibawanya juga tidak boleh disangkal.

Kami mengenalinya di awal 80an ketika al arqam melebarkan sayapnya ke selatan hemispera. Kunjungannya hampir setiap tahun, mendekati dan memberi ilmu serta bimbingan tidak mungkin boleh dilupakan. Kumpulan mereka mendekati kami, memberi kesedaran dan bimbingan apabila tiada yang peduli perkembangan rohani yang dialami oleh jiwa-jiwa muda ketika itu.

Kami ada tamrin, ada usrah , ada qiamulail dan ada macam-macam. Belajar makan sepinggan ( Bagus sekali amalan ini ), pelbagai doa dan zikir harian. Ramai berubah personaliti, berubah perangai. Alhamdulillah.

Kunjungan rombongan ustaz dan keluarga ke tempat kami memang kami alu-alukan. Mereka pastinya melakukan aqiqah dan kami mendapat bekalan daging halal tentunya. Majalah, tape nasyid kumpulan Nada Murni, tazkirah menjadi antara bahan bekalan.

Oh... banyak yang ingin ditulis.

Memang peranan al arqam besar dalam menyedarkan banyak jiwa yang lagho ketika itu.....

Terima kasih ustaz.
Semoga roh mu tenang di sana, bersama mereka yang diberi keredhaan olehNya.
Al-Fatihah...


No comments: