Thursday 21 May 2009

Pasca Hari Guru

Yes, finally I manage to find some space to write. Still busy lor....scripts, scripts,scripts; makan..scripts, tidur .. scripts .. mandi.... scripts, driving... scripts... di mana-mana sahaja.I have four more days to go , then raya..... cuti le teman.

Okay, nak cerita fasal sambutan hari guru yang baru berlalu. Dapatlah juga hadiah seperti orang lain, banyak le juga. Okaylah tu , kan. Saya tidak mahu komen tentang apa aktiviti yang dilangsungkan di sekolah , cuma saya pun ambil bahagian juga...

Apa yang nak diperkatakan ialah setiap tahun pengisianya serupa aja dan rasanya di mana-mana pun sama. Bagaimanakah guru-guru dihargai dan diikhtiraf sumbangannya pada hari itu ? Biasalah. Sambutan Hari Guru akan dimulakan dengan segala macam ucapan, dan yang syoknya ucapan tu akan dibacakan oleh guru juga. Okaylah mereka yang ada pangkat kat sekolah. Alah , leceh lah , alahai...tak ada rohnya.....Sapa-sapa pun boleh baca, hatta kalau kita suruh kerani tolong bacakan pun mereka boleh bacakan kat perhimpunan tu.( Hantarle wakil-wakil ke, baru le ada umph) Lepas baca, tepuk-tepuk tangan. Penghayatan kepada perutusan dan kalau ada pesanan , tak tahulah....Lepas tu syok sendiri berikrar dan menyanyi lagu 'Guru Malaysia'. Lebih syok lagi , majlis tukar-tukar hadiah antara cikgu. alahai , memang kes syok sendiri.

Cara lain yang tak skema boleh buat tak ? Dan tak payahlah keluar arahan dari ...... , " kelas seperti biasa selepas 12 tgh." Mmmmmmm....itulah nilainya ..c.....i......k.......g.....u..

No comments: