Wednesday 18 March 2009

Telefon Bimbit?

Merujuk kepada rencana di blog Kalam Abu Musaddad mengenai telefon bimbit di sekolah. Masalah ini memang sangat menyusahkan guru. Eh, lemaslah. Memang letih dengan permasalahan pelajar ni . Sentiasa ada, payah nak dapat zero masalah dalam sehari. Kes bawa handphones ke sekolah bukan masalah baru. Dah lama dah. Pada saya, rampas sahaja dan jangan beri peluang : )

Di sekolah ada pelbagai kumpulan dan ragam pelajar. Ada yang kaya, ada yang kurang berada, ada yang baik ada yang nakal ada yang baik dan rajin, ada yang nakal tetapi rajin belajar, ada yang tak begitu pandai tetapi baik dan rajin, ada yang pandai tetapi malas dan nakal, eh, ada macam-macam lagi, pelbagai ragam dan kumpulan. Yang paling letih untuk ditangani ialah kumpulan yang sudahlah atasnya kurang, sikap pula macam samseng Kampung Dusun, dah tu tambah dengan malas pula nak belajar ,namun sangat rajin datang ke sekolah tanpa gagal...Yooo.......yooooo... inilah kumpulan yang memeningkan kepala. Datang sekolah sebab ibu-bapa suruh, sebab nak jumpa dan main-main dengan kawan-kawan, sebab boleh ponteng keluar dan melepak kat cc, sebab boleh pau duit dan banyak sebab lagi...

Balik semula ke masalah bawa telefon ke sekolah. Okay, yang bawa telefon atas kehendak sendiri senanglah nak tangani, boleh rampas dan simpan. Ini yang emak bapak jadi batu api suruh bawa h/p ke sekolah. Bila kena rampas, datang sekolah serang cikgu. Apa cerita ? Sudahlah terang-terang melanggar peraturan ( bukan sekolah aje, tetapi arahan kementerian) datang siap marah dekat cikgu disiplin. Ini memang jenis kurang adab dan tidak mematuhi peraturan. Tambah pulak h/p mereka ni bukan yang koman 'tiga tiga sekupang' , tapi siap ada kad boleh simpan video , dah tu bukan senang cikgu nak crack pin code dia. Bila buka nah..... penuh dengan pelbagai jenis xxxxx....kata cikgu disiplin ( saya tak mahu tengok, habis pahala amalanku...) Yang ni ibu bapa tak sedar..... dia boleh kata..... tak ada h/p macamana saya nak pastikan keselamatan anak saya.... wah sudah lebih nampak, keselamatan yang macamana? Budak-budak tu tak boleh pakai telefon awam ke? Yang guna siling, yang guna kad pun ada.

Inilah sebenarnya punca masalah. Ada ibu bapa sudah salah main peranan. Saya tidak fikir ada ibu bapa yang akan memeriksa kandungan telefon anak mereka, ( menghormati privacylah katakan) jadi bila jenis telefon canggih ni yang dibawa ke sekolah kesannya ramailah akan tumpang semangkuk dua untuk menonton percuma...itu kalau percuma, kalau dia kenakan bayaran pulak untuk tengok....lagi berat kes.. Ibu bapa suka salahkan sekolah tetapi mereka sendiri lepas tangan dan serah anak mereka 100% ke sekolah.. Dari pagi sampai petang. Bila ada silap hentam habis-habis...Masyarakat keliling pun sama. Semua kesalahan letak atas sekolah...... Kita nak jaga seribu lebih pelajar, sedangkan ibubapa seorang berdua kat rumah pun dah fening....

Kesian cikgu-cikgi...nak jaga anak orang ,lama-lama anak sendiripun terabai. Pulak tu, budak-budak ni kalau tak berdendam tak apa, kalau jenis berdendam ni yang payah.....dari pengalaman sendiri, tayar kereta saya pernah dipaku oleh pelajar(2 inci) .....eeeee, geram..sampai sekarang rasanya budak tu hidupnya tak lah berjaya benor...tak ketahuan....keluarga kelam-kabut dll.

4 comments:

Citera Alam said...

Ummuaimi ,
Tidak salah menyediakan kemudahan kepada anak seperti handphone tetapi limitkan kemungkinan penyalahgunaannya seperti tiada kamera / video (belikan yang murah - untuk call saja) dan pastikan tidak melanggar peraturan sekolah (jangan dibawa ke sekolah)Yang jadi masalah disiplin sebab ibubapa tidak ikut etika ini , macam nak tunjuk-tunjuk aje ....

orangkampung said...

Memang tidak salah menyediakan h/p tetapi bukan untuk dibawa ke sekolah waktu ada p n p. Yang ada kamera ok ttp bukan yang ada xtra memory.

Masalahnya budak-budak ni beli sendiri tanpa pengetahuan ibubapa.Harga hp terpakai mereka mampu beli sebab mak bapak bagi duit belanja banyak.

Unknown said...

setuju sgt.Sy penah jd pelajar asrama.Sy lebih setuju jika tak payah bwk telefon lgsg.Tak perlu timbulkan 1001 alasan,telefon awam disediakan.Lgpun budak2 bwk hp bkn tiap2 ari msj call parents die.So,scara tak lgsg budaya kapel berkembang.Bkan nk mencari salah siapa,cuma nk mengambil memandang sesuatu masalah dgn 'hati'.
p/s;maaf ye menyibuk beri pendapat.hehe

orangkampung said...

Iqbalsyarie, terima kasih kerana memberi komen.(Jemputlah lagi)
Anak saya di asrama 5 tahun saya hanya bekalkan dengan kadfon sahaja. She survived.