Friday 6 March 2009

Ribut Dalaman

Hari ini merupakan kesinambungan dari hari semalam. Cerita semalam masih berlegar segar hari ini. Rata-rata kawan yang terlibat membuat andaian dan membuat analisis serta post mortem sendiri. Banyak juga cadangan dan tindakan yang dilihat positif dan boleh diambil kira untuk membaiki keadaan. Apapun kena tunggu minggu depan apabila rombongan kenyalang pulang.

Menambah duka dan nestapa semalam , hasil dari lawatan semalam di dapati bahawa kedudukan kita yang 'premier' ni agak memalukan , jauh ditinggal oleh mereka yang tidak ada langsung label 'premier' ...Macamana ni ? Di mana silapnya? Sebenarnya , jawapannya ada dan rata-rata kita tahu siapa yang boleh disalahkan . Yang lecehnya, sudah pasti ' dia' tidak akan nampak kelemahan 'dia.' Payahle orang yang tidak mampu bermuhasabah ni.....

Kita dah setuju nak mula operasi minggu depan, tetapi kena tunggu cue dari 'dia'. Takut tidak ada cue le pulak. Ada cadangan kata kalau tak ada cue, kena ganti 'c' dengan ''s' dan kita sue 'dia' kat mahkamah akhirat... Eeeeee berat tu..

Apapun hari ni yours truly borong lagi 4 'rantai Sabah' . He...he...he.... pelepas tension.

2 comments:

Citera Alam said...

Ummuaimi,
Sebenarnya angin-angin dah kita tiupkan dalam mesyuarat demi mesyuarat sebelum ini , tetapi siapalah kita , kan . Biarlah dia jawab sendiri .

Agaknya , kalau hang sendiri pergi ke Sabah , lagi banyak yang diborong . Teman pun ada ambil juga tapi sikit aje .

orangkampung said...

Itulah masalahnya, angin dah bertiup tetapi dia tak perasan,nak tunggu angin puting beliung datang dengan dia sekali kena terbang dek angin.

Ye ke pon, ada ambik juga ye?