Friday 20 March 2009

Peluang Belajar ????

Pelajar mendaftar nama dan mengambil borang

Salah seorang bapa meminta penjelasan
Pagi tadi kami ke Dewan Besar Sekolah Izuddin Shah (SIS),Ipoh mendengar taklimat dari pegawai-pegawai Jaip dan Maip mengenai peluang sambung belajar ke Timur Tengah dalam jurusan Agama mahupun Perubatan. Ibubapa dan pelajar dari sekolah-sekolah tajaan Jaip S. Raja (P) Taayah, SIS dan S. Raja Nazrin Shah dan juga mereka yang mendapat tahu mengenai taklimat ini menggunakan peluang ini untuk mendapatkan maklumat.


Panel yang terlibat memberi penerangan

Bagi saya ia sangat baik dan berfaedah sekali bagi mereka yang layak dan kurang layak sekurang-kurangnya maklumat itu boleh digunapakai untuk anak-anak yang lain. Pendedahan ini membuka ruang bagi ibubapa merencana pengajian anak mereka. Saya terkesan dengan ucapan dan penerangan yang diberikan oleh pegawai-pegawai Maip dan Jaip.
Alangkah baiknya jika ramai ibuubapa dan anak-anak dari SAR dapat mendengar penerangan ini, kerana mereka ini jarang sekali mendapat peluang biasiswa mahupun bantuan walaupun kadang-kadang pencapaian mereka lebih baik. Bagi pelajar sekolah biasa dan SBP selalunya JPA ,MARA dan agensi kerajaan yang lain akan sedia memberi kemudahan biasiswa dan pinjaman.

Bayangkan jika berpeluang belajar di Universiti Madinah (memang susah nak masuk) ia ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Arab Saudi dan ada pakej umrah setiap cuti. ( Kena hafaz 8 juzuk Quran antara syarat masuk dan untuk lelaki sahaja )

Usaha murni Jaip dan Maip ini baru 3 tahun dan setakat ini sudah membiayai beberapa orang anak Perak belajar di Mesir dan Jordan dalam bidang agama dan perubatan.

Sememangnya saya sangat -sangat teringin untuk menghantar anak-anak saya belajar ke negara-negara di Timur Tengah kerana pada saya keberkatannya ada di situ. Bumi para Nabi dan ambia. Ditambah pula kelebihannya apabila kita boleh menguasai dan mempraktikkan Bahasa Al Quran di sana. Dan memang bercadang sekiranya ada di antara anak-anak ini berjaya ke sana ingin rasanya berkunjung ke sana menziarah tempat-tempat bersejarah.... Insyaallah.

Saudara Mujahid Mohd Fadhil Ketua Pelajar Islam Perak Mesir

Apapun doa saya semoga Aimi berjaya mendapat tempat di salah satu pusat pengajian di sana. Insyaallah.

2 comments:

ateh said...

salam..

mmg seronok tgk ramai yg dpt peluang study kat bumi para nabi dan ambia skrg ni. pernah bercita2 ke sana, tp dulu takde peluang sbb hanya jurusan agama dihantar kesana.

skrg tumpang seronok anak buah je la yg dpt pergi sana...hehe

orangkampung said...

Salam ,

Ateh, masih berpeluang untuk sambung belajar.Kami yang dah tua ni hanya menumpang anak-anak sahaja.

Terima kasih kerana singgah.