Monday 31 August 2009

Merdeka !!

Salam Merdeka !!!
Hari ini ulang tahun ke 52 sambutan kemerdekaan. Dah 52 tahun dah.

Oh!! kita masih lagi dibelenggu dengan masalah bila ada perayaan gula kena sorok. Bila ada sambutan tertentu bahan yang lain pula hilang dari pasaran, lepas itu barang ini naik harga , itu naik dan segalanya naik. Yang terbaru didengar minyak pula akan naik September ni. Huh! dah lebih separuh abad , masih terkial-kial lagi.

Kalau ukuran umur manusia yang sempurna , 52 tahun waktu yang hebat, sedang menikmati hidup dengan keselesaan ( tengok pak-pak menteri ), kalau tak selesa pastinya telah menyimpan harta bertimbun 4,5 generasi makan tak habis , kalau tak menteri pun wakil rakyat yang kita boleh lihat dengan mata kepala. mahunya yang pegang 4-5 penggal . Rumah dia yang depan kita memangle nampak biasa aje yang kat kota sana dan sini ? Bercuti keluar negara selalu,lewat semusim aje ... takkan dia nak bagi tahu...... Ala.. kita ada pengalaman le bergaul dengan kumpulan ni.Kalau kereta jangan cerita le. Ni yang terbaru nampak dah bertukar 5 series pulak Fooh! Meluat habis .

Dah 52 tahun masih terkial-kial menjual 1 Malaysia, apake jadahnya? Apa yang dibuat selama lebih dari setengah abad tu? Pelbagai dasar sana dan sini akhirnya sambutan ke 52 jual 1 Malaysia. Alahai, selama hari ni pecah dan perintah, tup,tap,tup,tap nah 1 Malaysia.

Kesian...... ramainya yang kena lebong ( pinjam TT)
Merdekakah kita???

1 comment:

IMANSHAH said...

Salam,aaf lari topik..terima kasih atas ucapan takziah..yang pergi dah pergi, yang hidup mesti teruskan kehidupan..