Tuesday 11 August 2009

Kesedaran

Ketika kita kalut membincangkan serangan Selsema babi yang nampaknya menyerang semakin ramai mangsa, agak pelik dengan sikap sebahagian dari masyarakat kita.

Di sekolah ramai di kalangan pelajar yang seolah-olah tidak ambil pusing dan melihat bencana ini seperti tidak apa-apa. Ketawa melihat ada kawan-kawan dan guru yang pakai 'mask'. Bila kita terangkan keperluan untuk mengambil serius serangan penyakit ini, ada pula yang tiba-tiba buat-buat batuk dan seolah-olah nak main-main pula.

Masih ramai lagi yang berperangai macam pendatang dari " B......sh" yang gemar berludah di sana dan di sini. Oh! inilah sikap dan perbuatan yang menjijikkan yang dah jenuh dinasihatkan agar jangan buat. Malangnya memang dah jadi satu tabiat yang amat sukar untuk dikawal, mereka akan berludah ikut suka. Pengotor betul. Datang Ramadhan nanti, Masyaallah, makin banyaklah kesan di sana dan di sini.

Pergilah ke stesen bas, tempat pejalan kaki, lorong awam, di kawasan rehat pasti akan ada kesan ini. Dalam keadaan kita perlu sentiasa peka dan menjaga kebersihan kerana virus ini kita tak nampak, masih ramai yang bersikap acuh tak acuh.

Eh, orang kita ni memang suka berludah ke hapa? Kalau yang datang dari "B....esh" tu faham le sebab makan sirih, ini yang tak makan sirih pun akan berludah ke sana ke mari ni , kenapa pulak? Ini lah tabiat orang kita yang yours truly rasa antaranya yang amat susah untuk dibuang. Ianya seolah-olah diwarisi dari generasi ke generasi. Kalau dah di'inherit' payahle nak dibuang kan.


p.s. Semasa di negara orang puteh jarang or tak ada pun jumpa kesan ludah ni. Tetapi seorang sahabat ( yang dah 2 kali naik Haji) kata jangan terkejut kat Mekah benda tu merata-rata...? Huh?

2 comments:

IMANSHAH said...

Saya setuju kak..pelajar saya kena kuarantin, tapi tak macam kuarantin..lari balik asrama, pg sekolah..macam2

orangkampung said...

Budak-budak ni fikir selesema ni macam selsema yang biasa sebab pendedahan mengenai kesakitan dan serangannya kurang dijelaskan. Yang ada tentang kematian akibat paru-paru berair. itu aje. jadi sebab itu budak-budak ni tak ambil endah pun.Dia seronok.Ada thrill.